Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pihak NMC ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada warga baru NMC iaitu Dr. Abdul Kareem & Dr. Urwah sekeluarga. Dr. Abdul Kareem sekeluarga sebelum ini menetap di Luton sebelum berpindah ke Nottingham pada awal minggu ini. Dr. Abdul Kareem bercadang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Universiti of Nottingham dalam bidang Kesihatan Awam manakala Dr. Urwah pula kini sedang berkhidmat di Nottingham City Hospital. Kami dari pihak NMC amat mengalu-alukan ketibaan Dr. Abdul Kareem sekeluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan ahli kita semakin erat. Selamat datang sekali lagi untuk Dr. Abdul Kareem sekeluarga!!
0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 3 Ogos 2014 bertempat di Sports Center University of Nottingham, telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara warga pria NMC. Perlawanan kali ini merupakan antara sesi persediaan bagi pihak NMC untuk menentang pasukan Loughborough dalam perlawanan persahabatan kelak disamping untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga NMC. Pasukan yang telah dibentuk adalah pasukan 'Sek Kito Jange Pecoh' (SKJP) yang berjersi biru diketuai kaptennya saudara 'Ming' menentang pasukan 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' (UMTAD) yang berjersi putih dengan kaptennya saudara' Hafiz'. Pesta bola kali ini dinamakan 'Pesta Bola Raya' bersesuaian dengan kebanyakan ahli NMC menghadiri jamuan rumah terbuka pada sebelum dan selepas waktu perlawanan persahabatan dan merupakan perlawanan pertama bola sepak di bulan Syawal ini. Perlawanan kali ini dimulakan pada pukul 6 pm dan tamat pada pukul 8 pm. Walaupun perut para pemain 'sarat' dengan ketupat dan rendang, namun perlawanan tersebut tetap rancak dan menyajikan aksi berbalas serangan diantara kedua-dua pasukan. Penjaga gol kedua-dua pasukan juga bertindak cemerlang, bertungkus lumus menafikan percubaan antara kedua-dua pasukan. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan pasukan UMTAD menewaskan pasukan SKJP dengan jaringan 5 berbalas 4. Di harap pasukan NMC dapat meningkatkan lagi stamina dan strategi bagi memantapkentalkan pasukan ini. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan. UMTAD ( 5 ) VS SKJP ( 4 ) Gol Gol Haris (3 jaringan)-hatrik Pak Din (3 jaringan) -Hatrik Hilmi (2 jaringan) Nizam (1 jaringan) Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Sabtu, 2 Ogos 2014 bersamaan 6 Syawal 1435H, telah diadakan Majlis Tautan Aidilfitri NMC bertempat di dewan Radford Primary School, Nottingham. Majlis sambutan Aidilfitri tersebut dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Noor (Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Ireland), En. Taufik Ahmad (Education Attache Midlands Office), En. Ahmad Tarmizi Mohd Asarani (Pegawai Education Malaysia-Administration) Cik Zaihasra Zainol Abidin (Education Attache- Student Affairs) dan hampir seluruh warga Malaysia yang berada di bumi Nottingham. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hassan. Selesai doa, para hadirin mendengar ucapan ringkas oleh Penghulu NMC dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu. Setelah selesai ucapan perasmian, para hadirin berkumpul untuk bergambar kenang-kenangan sempena sambutan majlis Aidilfitri untuk tahun ini. Acara seterusnya ialah jamuan makan yang disediakan sendiri oleh warga Helwa NMC. Makanan tradisional seperti nasi impit, pulut, rendang, satay, kuah kacang, nasi minyak hujan panas dan nasi dagang mendapat sambutan ramai. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dangan dendangan lagu-lagu raya secara minus-one oleh para warga NMC termasuk Assoc. Prof Anizu sendiri yang begitu 'sporting' mendendangkan lagu 'Menjelang Hari Raya' yang dipopularkan oleh DJ Dave. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pertandingan pakaian sedondon. Sebanyak 9 kumpulan peserta yang majoritinya dari kalangan keluarga telah mengambil bahagian. Tiga pemenang dipilih melalui 'sorakan terkuat' dan pemenang yang terpilih adalah keluarga En. Nazib, keluarga En. Sani & keluarga En. Helmi Ali. Majlis berakhir pada pukul 1 tengahari dan kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk majlis kita pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi pada majlis sambutan Aidilfitri pada tahun yang akan datang. P/s: Jurugambar: Mohd Zulhelmy@ Mohd Ming Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Isnin 28/7/2014 bersamaan 1 Syawal 1435H, telah diadakan Majlis Solat Sunat Aidilfitri bertempat di dewan Radford Primary School, Nottingham. Majlis dimulakan pada pukul 9.15 pagi dengan alunan takbir oleh warga NMC dan diikuti dengan solat sunat Aidilfitri pada pukul 9.40 pagi yang diimamkan oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hasan. Selesai solat, para jemaah mendengar khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh saudara Hafiz, yang antaranya menyentuh mengenai betapa pentingnya semangat perpaduan di kalangan umat Islam. Setelah selesai khutbah, para hadirin mengambil kesempatan untuk beramah-mesra, bermaaf-maafan disamping menikmati juadah yang dibawa sendiri oleh warga NMC seperti nasi impit, pulut kuning, rendang, kuah kacang, lontong dan biskut raya. Walaupun berjauhan dari tanahair, sambutan Aidilfitri di bumi Nottingham ini tetap meriah dan sekurang-kurangnya majlis seperti ini dapat mengurangkan rasa rindu kami pada sanak-saudara di Malaysia. Warga NMC sudah seakan-akan satu keluarga yang besar dan diharap perpaduan yang sudah terjalin di kalangan kita akan lebih erat selepas ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir. P/s: Jurugambar: Mohd Zulhelmy @ Mohd Ming Assalamualaikum & salam sejahtera,
Education Malaysia UK & Ireland melalui Central Mosque London telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh United Kingdom pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 28 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak NMC ingin mengucapkan Taqabbalallahu Minna wa Minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga NMC yang beragama Islam dan kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mengendalikan NMC pada sesi ini. Kami ingin menjemput semua untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri seperti berikut: 1) Majlis Takbir Raya Aidilfitri - Ahad 27/7/2014 (malam raya) -Surau Jubilee Campus, University of Nottingham -selepas solat fardhu Isyak berjemaah 2) Majlis Solat Sunat Aidilfitri: - Isnin 28/7/2014 -Radford Primary School -pukul 9:30 pagi (takbir Hari Raya pada 9:15 pagi) 3) Majlis Tautan Aidilfitri NMC - Sabtu 2/8/2014 -Radford Primary School -10:00 pagi - 1:00 tengahari Jumpa anda semua di sana!! Assalamualaikum & salam sejahtera,
InshaAllah, NMC akan menganjurkan Majlis Solat Sunat Aidilfitri pada pagi Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 1 Syawal 1435H Tempat: Radford Primary School (Isnin- 28/7) ATAU Dunkirk Community Centre (Selasa- 29/7) Tentatif Majlis: 9:15 am: Ketibaan para hadirin & Takbir Hari Raya 9:30 am: Solat Hari Raya Aidilfitri 9:45 am: Khutbah Aidilfitri 10:15 am: Jamuan (potluck) 11:45 am: Majlis bersurai *Sila bawa sejadah masing-masing Kami daripada pihak NMC dengan berbesar hati menjemput sahabat-sahabat semua untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat semua akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di bumi Nottingham ini. Jumpa anda semua di sana!! Assalamualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah, majlis iftar NMC pada tahun ini telah berjaya diadakan pada hari Jumaat, 11 Julai 2014 bersamaan 13 Ramadhan 1435 Hijrah di Jubilee Campus, University of Nottingham. Majlis yang bermula pada pukul 8.00 malam tersebut dimulakan dengan sesi tadarus Al-Quran oleh para warga NMC. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En. Taufik, attache Education Malaysia untuk Midlands dan Scotland sekeluarga. Semua makanan disediakan oleh chef-chef yang terdiri daripada warga Helwa NMC sendiri. Sekalung penghargaan untuk para warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan segala juadah berbuka puasa untuk para hadirin. Pada masa yang sama, para hadirin juga mengambil kesempatan untuk melaksanakan zakat fitrah untuk tahun ini melalui para amil yang dilantik iaitu saudara Harris dan saudara Hilmi. Tepat pukul 9.30 malam, azan maghrib telah dikumandangkan dan para hadirin berbuka puasa secara ringkas di surau. Kemudian, para hadirin bersama-sama mendirikan solat fardhu maghrib secara berjemaah dan kemudian turun ke perkarangan Amenities Building, Jubilee Campus untuk menikmati jamuan makan malam. Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi putih bersama daging masak lada hitam, kari daging, ayam goreng, ayam masak merah, ayam masak madu, ayam goreng berempah, sayur campur goreng, pulut kuning dan nasi goreng. Kuih-kuih melayu antaranya kuih ketayap, seri ayu, onde-onde dan puding buah juga dihidangkan bersama aiskrim, buah-buahan dan air sirap bandung. Sambil menikmati juadah makan malam, para hadirin juga mengambil peluang bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita antara satu sama lain. Pada pukul 11.00 malam, para hadirin masuk semula ke surau untuk mendengar tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh En. Taufik sendiri dan antara intipati tazkirah tersebut ialah bagaimana pentingnya kita sebagai umat Islam untuk menjaga akhlak, tatasusila dan pertuturan kita sebagaimana yang telah gariskan oleh Al-Quran dan As-sunnah. Selain itu, kita haruslah memperbanyakkan berdoa untuk kejayaan pejuang-pejuang Islam terutamanya di Palestin yang kini menghadapi saat-saat yang sukar. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat fardhu Isyak dan sunat tarawih secara berjemaah. Setelah selesai solat, para hadirin dihidangkan pula dengan sedikit jamuan moreh. Juadah yang disediakan antaranya sandwich telur berkeju, roti 'john' dan samosa telah mendapat sambutan ramai di samping air teh 'O dan kopi susu panas. Sementara menikmati jamuan moreh, para hadirin sekali lagi tidak melepaskan peluang untuk berramah-mesra antara satu sama lain. Majlis bersurai pada kira-kira pukul 1.00 pagi dan kami dari pihak NMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Taufik sekeluarga dan sahabat-sahabat yang sudi hadir bagi memeriahkan majlis iftar pada kali ini. P/s: Terima kasih kepada jurugambar- Saudara Zulhelmy@Ming Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat datang kepada En. Fazrul Haizam Abdullah dan Puan Mazliana Ahmad Kamarudin sekeluarga ke bumi Nottingham. Puan Mazliana akan melanjutkan pelajaran di peringkat post-doctoral di Physic Department, University Park, University of Nottingham. Mereka bersama 3 org anak telah tiba di Nottingham pada pertengahan bulan Jun 2014 yang lalu dan kini menetap di kawasan Beeston. Kami amat mengalu-alukan ketibaan anda sekeluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin dikalangan kita semakin erat selepas ini. Selamat datang sekali lagi untuk En. Fazrul sekeluarga!! Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada tahun ini 2014/1435H zakat fitrah telah ditetapkan sebanyak £4 seorang dan pembayaran bolehlah dibuat kepada amil iaitu Saudara Haris atau Saudara Hilmi di sepanjang bulan Ramadhan ini. Bayaran juga boleh dibuat selepas solat maghrib 11 Julai 2014 bersempena Majlis Iftar Perdana Nottingham Malaysian Community. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada kedua-dua saudara di atas. Semoga ibadah kita ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada-Nya. Amin. Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Selamat berangkat pulang buat 3 rakan NMC yang telah menamatkan kursus pendakwaraya. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebaik mungkin di Malaysia nanti. Kami dari pihak NMC mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Pada bulan Jun yang lepas telah diadakan program Pengisian ilmu anjuran Biro kerohanian NMC. Pada kali ini tazkirah telah disampaikan oleh Tuan Azeezi dengan kupasan daripada Hadis 40 Imam Nawawi. Sesi dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah,taaruf antara warga NMC yang hadir dan pengenalan kepada Imam Nawawi.Hadis yang ke 17 telah dipilih dan dikupas secara mendalam oleh Tuan Azeezi. Antara intipati hadis ini termasuklah umat Islam perlu sentiasa bersedia dan melakukan sebarang kerja dengan bersungguh-sungguh dan sempurna. Ini juga merupakan PI terakhir bagi Tuan Azeezi sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Semoga rakan-rakan NMC dapat mengambil manfaat daripada intipati yang diberi.
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, NMC akan menganjurkan Majlis Iftar sempena bulan Ramadhan 1435H. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 11 Julai 2014 bersamaan 13 ramadhan 1435H (Jumaat) Masa: 8:00 pm - 12:00 am Tempat: Amenities Building, Jubilee Campus, University of Nottingham UK Tentatif program: 8:00 mlm - 8:15 mlm: Ketibaan para hadirin & hadirat 8:15 mlm - 9.28 mlm: Sesi Tadarus Al-Quran/ sesi bayaran zakat fitrah boleh dibuat kepada saudara Haris atau Hilmi dengan bayaran £4 seorang. 9.28 mlm - 9.35 mlm: Berbuka puasa (surau) 9:35 mlm - 9.50 mlm: Solat fardhu Maghrib berjemaah 9:50 mlm - 10.45 mlm: Makan malam (ruang makan) 10:45 mlm - 11.00 mlm: Persiapan untuk sesi tazkirah 11:00 mlm - 11:20 mlm: Tazkirah Ramadhan- En. Taufik Ahmad (Education Attache for Midlands & Scotland) 11:20 mlm - 11:30 mlm: Solat fardhu Isyak berjemaah 11:30 mlm - 11.45 mlm: Solat sunat Tarawih berjemaah 11:45 mlm - 12:00 tgh mlm: Moreh & selesai majlis Sahabat-sahabat semua adalah dijemput untuk sama-sama hadir ke majlis tersebut. Jumpa anda di sana!! Assalamualaikum & selamat berpuasa kepada semua,
Sesi tadarus Al-Quran untuk muslimin sepanjang bulan Ramadhan ini akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, di surau Jubilee Campus, University of Nottingham pada pukul 1.30pm-2.00pm (selepas solat Zuhur berjemaah). Kepada muslimin yang berkelapangan, anda semua dijemput untuk mengimarahkan majlis tadarus tersebut. Sama-samalah kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutamanya sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga Allah memberkati segala amalan kita, inshaAllah. P/s: Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir, sesi ini juga akan diadakan pada hari Sabtu pada waktu yang sama- mengikut kesesuaian. Sila berhubung dengan Tuan Hj. Azlan & En. Hafiz mendapatkan info mengenai sesi pada hari Sabtu. Sesi Tadarus Al-Qur'an untuk muslimat sempena bulan Ramadhan pada tahun 1435H berlangsung di tiga kawasan serentak: Radford, Forest Fields & Stoke. Sesi tadarus ini adalah anjuran bersama STAR for Moms (Kelolaan Hajjah Dr. Nik Nik Dan Azlan), Helwa NMC dan Warga Malaysia di Stoke. Selain bertasmi', ada juga diadakan sesi Tajwid bagi membantu warga Helwa memperbaiki mutu bacaan Al-Qur'an. Ketua-ketua kawasan terdiri daripada Dr. Anis Fozi (Radford), Dr. Asma' Abdul Aziz (Forest Fields) & Puan Fiza Noor Awang (Stoke). Semoga kita berjaya mencapai objektif dalam menghabiskan bacaan kesemua 30 juzu' (Khatam Al-Qur'an). Ameen.
Kepada semua muslimat, anda dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis tersebut. Sila berhubung dengan ketua kawasan masing-masing untuk mendapatkan informasi mengenai tempat dan masa. Assalamualaikum & salam Ramadhan,
Pada 28 Jun 2014, bersamaan malam 1 Ramadhan 1435 hijrah, telah diadakan satu majlis solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah untuk para warga Malaysia yang berada di bumi Nottingham. Majlis yang berlangsung di surau Jubilee Campus, University of Nottingham tersebut telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Walaupun jauh di perantauan dan jauh dari pangkuan keluarga, sekurang-kurangnya majlis tersebut dapat mengubati rasa rindu kami akan suasana menyambut Ramadhan di tanahair tercinta. Semua warga NMC sudah seakan-akan sebuah keluarga, sama-sama berkongsi suka-duka dan saling bantu-membantu antara satu sama lain. Majlis dimulakan dengan solat Isyak dan disusuli dengan solat Tarawih & Witir secara berjemaah. Selepas itu, para jemaah menjamu selera dengan sedikit jamuan moreh yang disediakan oleh para ahli NMC sendiri secara potluck dan masing-masing mengambil peluang tersebut untuk berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir untuk memeriahkan majlis pada malam ini. Kepada yang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam ini, kita akan adakan lagi majlis seperti ini pada minggu hadapan, dan hebahan kan dibuat pada sedikit masa lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang kita sedia maklum, seluruh umat Islam terutamanya di United Kingdom akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada hari Ahad 29 Jun 2014. Sehubungan dengan itu, kami dari pihak NMC ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Ramadhan Mubarak kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam di bumi Nottingham ini. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan dapat meningkatkan amalan-amalan kita yang lain. Semoga kita sama-sama dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita dan dapat mengharungi madrasah Ramadhan dengan jayanya. Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada Jumaat 27 Jun 2014, para pencinta badminton NMC telah turun ke John Carrol Leisure Centre untuk sesi latihan badminton terakhir sebelum berehat panjang sepanjang Ramadhan nanti. Walaupun tewas mengejut pada perlawanan persahabatan menentang Naseeb group bulan lalu, para pemain badminton NMC terus bangkit seakan-akan singa yang baru pulih dari kecederaan. Perlawanan persahabatan seterusnya ialah akan menentang pasukan Malaysian Loughborough pada bulan Ogos/September nanti dan diharap para pemain dapat membawa pulang kejayaan yang gemilang. Selepas ini para pemain akan berehat sepanjang bulan Ramadhan dan latihan akan disambung semula selepas Aidilfitri nanti. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada pasukan badminton NMC!! Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pihak NMC ingin merakamkan ucapan TAHNIAH!! kepada pasangan En. Mohd Anas dan Puan Nur Liyana atas kelahiran cahaya mata mereka yang pertama. Puan Nur Liyana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pukul 6.25 pagi, Jumaat 20 Jun 2014 di Queen's Medical Centre, Nottingham. Semoga dengan kehadiran cahayamata yang pertama ini akan menambahkan lagi keceriaan rumahtangga kalian berdua. Kami doakan agar keluarga anda terus dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat, amin.. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 21 Jun 2014 yang lepas, telah berlangsung Siri Akhir Bedah Buku "Saat Berharga Untuk Anak Kita" bersama Puan Asma' Abdul Aziz anjuran bersama IKRAM dan Helwa NMC di teratak warga Helwa kita, Puan Shiera Shushieka Ghazali. Terima kasih diucapkan kepada warga Helwa yang sudi meluangkan masa untuk bukan sahaja menimba ilmu tentang tips-tips mendidik anak-anak, tetapi berkongsi idea dan pengalaman masing-masing dalam membesarkan anak-anak supaya mereka mampu mencapai objektif utama dalam kehidupan di dunia dan di akhirat kelak. Semoga kita berjumpa lagi di sesi seterusnya, inshaAllah. p/s: Tahniah kepada Puan Erni Marlina yang menerima hadiah untuk soalan terkumpul pada kali ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada tanggal 24 Mei 2014, telah diadakan Sesi Bedah Buku "Saat Berharga Untuk Anak Kita" oleh Puan Asma' Abdul Aziz anjuran bersama IKRAM dan HELWA, bertempat di rumah Kak G. Semoga semua warga HELWA yang hadir pada majlis tersebut mendapat manfaat daripada sesi tersebut. Semoga kita semua menjadi ibu2 cemerlang buat anak-anak kita, di dunia dan di akhirat, inshaAllah. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 14 Jun 2014, telah diadakan Mega Nottingham Malaysian Family Day bertempat di Radford Primary School Nottingham. Acara tersebut adalah hasil kerjasama antara Nottingham Malaysian Community (NMC), Nottingham Malaysian Society (NMS), Nottingham Trent University Malaysian Society (NTUMS), Kelab UMNO Nottingham (KUN) dan Education Malaysia. Majlis tahunan tersebut telah dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu Hj Mohd Nor, Pengarah Education Malaysia UK & Ireland, dan En. Taufik Ahmad, Education Attache Education Malaysia untuk Midlands UK. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program dan program dirasmikan oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu. Majlis diteruskan dengan satu sesi ceramah ringkas mengenai seni fotografi oleh saudara Zulhelmy (Ming) dan kemudian disusuli dengan pertunjukan fesyen oleh anak-anak ahli NMC. Pelbagai ragam dan fesyen telah dipertontonkan dan akhirnya gelaran juara diraih oleh anak saudara Arman dengan tema Lego-man. Majlis selepas itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Pakli and the gang. Majlis diteruskan dengan acara sukaneka untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pada masa yang sama, para hadirin juga menjamu selera dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh chef-chef NMC sendiri. Kambing dan ayam barbeque juga disediakan untuk para pengunjung. Majlis sukaneka telah mendapat sambutan yang hangat, dan acara tersebut juga disertai oleh Assoc. Prof. Dr. Anizu dan En. Taufik sendiri. Pada pukul 3.00 petang, majlis penyampaian hadiah dan penutup telah diadakan. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Assoc. Prof. Dr. Anizu, En. Taufik, pihak penganjur dan semua ahli NMC yang sama-sama hadir memeriahkan acara tersebut. Semoga acara tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 8 Jun 2014, telah diadakan pesta sukaneka KAFA Lil' Calph dan majlis penghargaan untuk tenaga pengajar yang terdiri daripada adik-adik undergraduate. Acara yang bertempat di University Park, University of Nottingham itu telah dimulakan pada pukul 10 pagi. Dalam keadaan cuaca yang amat baik, para ahli dan anak-anak NMC telah memberikan sambutan yang begitu menggalakkan. Acara dimulakan dengan sukaneka, di mana para peserta begitu bersemangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan merah, kuning, biru dan hijau. Acara-acara yang dipertandingkan seperti bawa bola pingpong dalam sudu, lari tali skipping, lari bawa baton. cari gula-gula dalam tepung dan sebagainya telah mendapat persaingan sengit daripada setiap kumpulam yang bertanding. Acara sukaneka berakhir pada pukul 12 tengahari dan disusuli dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta dan diikuti dengan pemberian cenderamata kepada adik-adik undergraduate yang selama ini menjadi sukarelawan sebagai tenaga pengajar di KAFA berkenaan. Kami daripada pihak NMC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para tenaga pengajar yang selama ini menjadi tulang belakang kepada KAFA itu sendiri. Segala jasa anda semua mendidik anak-anak kami amatlah besar nilainya dan hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 7 Jun 2014, telah diadakan sesi gotong-royong mengangkat barang ke dalam kontena sempena keberangkatan pulang Dr. Dasuki sekeluarga ke tanahair. Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan sarapan pagi untuk mengumpul tenaga untuk acara seterusnya. Selepas itu, para ahli NMC bersama-sama membantu mengangkat baran-barang ke dalam kontena. Setelah memerah keringat mengangkat barang-barang tersebut, akhirnya kontena tersebut dapat dipenuhkan sebelum pukul 12 tengahari. Acara kemuncak ialah makan tengahari, yang disediakan oleh chef-chef pakar daripada kaum-kaum ibu NMC sendiri. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat berangkat pulang dan selamat maju jaya kepada Dr. Dasuki sekeluarga. semoga kita berjumpa lagi!! Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat datang kepada warga baru NMC ke Nottingham iaitu En. Jefri dan Puan Elissa Nadia sekeluarga. Mereka telah tiba di bumi Nottingham pada penghujung bulan Mei 2014 dan kini menetap di kawasan Radford, Nottingham. Puan Elissa akan menyambung pelajarannya di peringkat PhD di Jubilee Campus, University of Nottingham. Kami amat mengalu-alukan kedatangan En. Jefri sekeluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan ahli kita semakin erat. Selamat datang sekali lagi kepada anda sekeluarga!! Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Malaysian Family day dengan temanya " bersama bermesra" kembali lagi pada 14 June 2014. Diharap seluruh warga Malaysia Nottingham UK dapat menghadirkan diri ke Majlis yang dianjurkan secara tahunan ini. Pelbagai acara dan program menarik disediakan seperti permainan, persembahan, forum, cabutan bertuah dan makan-makan. Diharap dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan majlis ini nanti.
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |