HELWA adalah satu cabang NMC khas untuk kaum Hawa yang berada di bumi Nottingham. Ahli-ahli Helwa terdiri daripada para wanita yang telah mendaftar sebagai ahli Nottingham Malaysian Community (NMC). Helwa NMC merupakan medium bagi menjaga keharmonian dan ukhuwah di antara ahli-ahli wanita NMC.
Objektif utama Helwa NMC adalah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya dan menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli. Antara aktiviti-aktiviti HELWA yang dianjurkan boleh dikategorikan seperti berikut:
MAJLIS ILMU:
- Tadarus Al-Quran
- Usrah
- Kelas menjahit/gubahan/dan lain lain
- Kelas memasak
HAL KEBAJIKAN:
- Memasak untuk ibu bersalin dan keluarga yang memerlukan pertolongan
- Menyediakan hidangan untuk majlis-majlis tahunan NMC
AKTIVITI LAIN
- Sukan - badminton/bola tampar/bola jaring/ping-pong/dan lain-lain
- Senaman berkumpulan
- Rombongan
HELWA kini menggunakan rangkaian media sosial Facebook Group dan Whatsapp untuk memudahkan komunikasi sesama ahli HELWA. Sila hubungi wakil HELWA dengan menghantar email jika berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti kami.
Layari FotoPages HELWA yang sarat dengan pelbagai perkongsian menarik oleh ahli-ahli sejak tahun 2006.