Sesi Tadarus Al-Qur'an untuk muslimat sempena bulan Ramadhan pada tahun 1435H berlangsung di tiga kawasan serentak: Radford, Forest Fields & Stoke. Sesi tadarus ini adalah anjuran bersama STAR for Moms (Kelolaan Hajjah Dr. Nik Nik Dan Azlan), Helwa NMC dan Warga Malaysia di Stoke. Selain bertasmi', ada juga diadakan sesi Tajwid bagi membantu warga Helwa memperbaiki mutu bacaan Al-Qur'an. Ketua-ketua kawasan terdiri daripada Dr. Anis Fozi (Radford), Dr. Asma' Abdul Aziz (Forest Fields) & Puan Fiza Noor Awang (Stoke). Semoga kita berjaya mencapai objektif dalam menghabiskan bacaan kesemua 30 juzu' (Khatam Al-Qur'an). Ameen.
Kepada semua muslimat, anda dijemput untuk sama-sama mengimarahkan majlis tersebut. Sila berhubung dengan ketua kawasan masing-masing untuk mendapatkan informasi mengenai tempat dan masa.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |