Terima kasih kepada semua yang hadir ke program TTS NMC Ahad (1hb. Mac) bertempat di Trent Building, Nottingham University. Sekalung penghargaan kepada Dr Cha yang telah berkongsi bab awal dari buku 'The Muslim Parent's Guide' yang menyentuh langkah-langkah dan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang Islamik dirumah melalui solat, bacaan Al-Quran, amalan bersedekah dan juga amalan-amalan sunnah. Amat bermakna untuk dipraktikkan oleh ibubapa dengan anak-anak dirumah. Perkongsian yang amat sesuai untuk setiap lapisan golongan sama ada yang berkeluarga ataupun belum. Penghargaan juga kepada K. Fifi, Abg Akbar dan Abg Azrul yang telah berkongsi pengalaman Umrah DIY disamping banyak tips-tips yang berguna buat yang hadir. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan! #BersamaNMCBangunkanKomuniti
0 Comments
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |