28 APRIL 2022: SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR KARTINI ALIAS ATAS KEJAYAAN LULUS PhD VIVA
Alhamdulillah, Pn Kartini berjaya menamatkan PhD beliau dengan lulus sesi Viva Voce beliau pada 28 April 2022. Semoga kejayaan yang menamatkan pengajian PhD beliau turut menjadi penyuntik semangat dan motivasi buat ahli NMC yang lain. Tahniah juga diucapkan buat Tuan Azrul dan keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam perjalanan ini. Mereka merupakan ahli NMC yang sering menjadi tulang belakang kepada aktiviti komuniti NMC sepanjang 4 tahun mereka di sini. Kepada Tini, you make us proud; Keep Calm & Viva WELL DONE! ALHAMDULILLAH. We are the Community The Community is Us 28 April 2022 JK Eksekutif NMC
2 Comments
Majlis Iftar Perdana NMC 2022
Sekitar acara majlis iftar NMC bagi sesi 2022/23. Alhamdulillah ini merupakan acara sulung yang dianjurkan sejak pandemik COVID melanda. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk mendengar taklimat daripada Penghulu NMC sesi 2022, Tuan Azral diikuti dengan Tazkirah Ramadhan daripada Ustaz Md Zin yang kebetulan berada di sini menemani anak dan cucu di Nottingham. Terima kasih kami ucapkan buat semua yang bertungkus-lumus di sebalik tabir bagi memastikan kelangsungan majlis yang barakah ini. Jumpa lagi di masa yang akan datang, INSYAALLAH! NMC Iftar Perdana
16 April 2022 Radford Academy Assalamualaikum & Salam Sejahtera InsyaAllah, ini adalah aktiviti pertama yang dirancang bagi mempertemukan hampir 60 orang warga NMC. Pihak eksekutif juga akan membuka kaunter untuk kemaskini keahlian anda dan rebut peluang untuk memenangi 3 hadiah cabutan bertuah pada majlis pada hujung minggu ini. Bagi memastikan kelancaran majlis, mohon kerjasama tuan/puan untuk perkara berikut: 1) Membawa sejadah untuk kegunaan keluarga masing2. Digalakkan untuk mengambil wuduk dari rumah memandangkan tempat mengambil wuduk adalah terhad. 2) Membawa bekas TAPAUware (untuk membungkus lebihan makan). 3) Hadir awal (mengikut jadual pogram yang dirancang) untuk tujuan pengemaskinian database ahli/pembayaran yuran keahlian. 4) Menjaga kebersihan dewan yang digunakan. 5) Menjaga keselamatan/tingkah laku ahli keluarga masing2 terutama kanak2 untuk mengelakkan perkara yang tidak diundang. 6) Bersama-sama mengemas dewan selepas aktiviti dilaksanakan. 7) Mematuhi peraturan semasa Kerajaan berhubung Covid 19, walaupun tidak diwajibkan, adalah digalakkan semua yang hadir untuk memakai pelitup muka dan sama2 menjaga 'social distancing'. Dan ; 8) Sekiranya ada mohon bawa (i) picnic mat* (ii) foldable table & chair JUMPA DI SANAAA SANAAAA SANAAAAA... 🥰🥰🥰🥰🥰 Sekian terima kasih. Juliana Mohamed@Julie NMC Head of PR@Communications Mewakili Eksekutif NMC 2022/23, kami ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini. Semoga kebahagiaan Ramadhan selalu menyertai kita semua. May almighty Allah grant us a beautiful Ramadan with all it rewards and blessings and make this year's Ramadan the best of our Ramadan bi'znillaah. Ramadhan Kareem! |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |