Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pihak NMC ingin mengucapkan "Selamat Datang" kepada warga baru NMC iaitu Dr. Abdul Kareem & Dr. Urwah sekeluarga. Dr. Abdul Kareem sekeluarga sebelum ini menetap di Luton sebelum berpindah ke Nottingham pada awal minggu ini. Dr. Abdul Kareem bercadang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Universiti of Nottingham dalam bidang Kesihatan Awam manakala Dr. Urwah pula kini sedang berkhidmat di Nottingham City Hospital. Kami dari pihak NMC amat mengalu-alukan ketibaan Dr. Abdul Kareem sekeluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan ahli kita semakin erat. Selamat datang sekali lagi untuk Dr. Abdul Kareem sekeluarga!!
0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 3 Ogos 2014 bertempat di Sports Center University of Nottingham, telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara warga pria NMC. Perlawanan kali ini merupakan antara sesi persediaan bagi pihak NMC untuk menentang pasukan Loughborough dalam perlawanan persahabatan kelak disamping untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga NMC. Pasukan yang telah dibentuk adalah pasukan 'Sek Kito Jange Pecoh' (SKJP) yang berjersi biru diketuai kaptennya saudara 'Ming' menentang pasukan 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' (UMTAD) yang berjersi putih dengan kaptennya saudara' Hafiz'. Pesta bola kali ini dinamakan 'Pesta Bola Raya' bersesuaian dengan kebanyakan ahli NMC menghadiri jamuan rumah terbuka pada sebelum dan selepas waktu perlawanan persahabatan dan merupakan perlawanan pertama bola sepak di bulan Syawal ini. Perlawanan kali ini dimulakan pada pukul 6 pm dan tamat pada pukul 8 pm. Walaupun perut para pemain 'sarat' dengan ketupat dan rendang, namun perlawanan tersebut tetap rancak dan menyajikan aksi berbalas serangan diantara kedua-dua pasukan. Penjaga gol kedua-dua pasukan juga bertindak cemerlang, bertungkus lumus menafikan percubaan antara kedua-dua pasukan. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan pasukan UMTAD menewaskan pasukan SKJP dengan jaringan 5 berbalas 4. Di harap pasukan NMC dapat meningkatkan lagi stamina dan strategi bagi memantapkentalkan pasukan ini. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan. UMTAD ( 5 ) VS SKJP ( 4 ) Gol Gol Haris (3 jaringan)-hatrik Pak Din (3 jaringan) -Hatrik Hilmi (2 jaringan) Nizam (1 jaringan) Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Sabtu, 2 Ogos 2014 bersamaan 6 Syawal 1435H, telah diadakan Majlis Tautan Aidilfitri NMC bertempat di dewan Radford Primary School, Nottingham. Majlis sambutan Aidilfitri tersebut dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Noor (Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Ireland), En. Taufik Ahmad (Education Attache Midlands Office), En. Ahmad Tarmizi Mohd Asarani (Pegawai Education Malaysia-Administration) Cik Zaihasra Zainol Abidin (Education Attache- Student Affairs) dan hampir seluruh warga Malaysia yang berada di bumi Nottingham. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hassan. Selesai doa, para hadirin mendengar ucapan ringkas oleh Penghulu NMC dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu. Setelah selesai ucapan perasmian, para hadirin berkumpul untuk bergambar kenang-kenangan sempena sambutan majlis Aidilfitri untuk tahun ini. Acara seterusnya ialah jamuan makan yang disediakan sendiri oleh warga Helwa NMC. Makanan tradisional seperti nasi impit, pulut, rendang, satay, kuah kacang, nasi minyak hujan panas dan nasi dagang mendapat sambutan ramai. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dangan dendangan lagu-lagu raya secara minus-one oleh para warga NMC termasuk Assoc. Prof Anizu sendiri yang begitu 'sporting' mendendangkan lagu 'Menjelang Hari Raya' yang dipopularkan oleh DJ Dave. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pertandingan pakaian sedondon. Sebanyak 9 kumpulan peserta yang majoritinya dari kalangan keluarga telah mengambil bahagian. Tiga pemenang dipilih melalui 'sorakan terkuat' dan pemenang yang terpilih adalah keluarga En. Nazib, keluarga En. Sani & keluarga En. Helmi Ali. Majlis berakhir pada pukul 1 tengahari dan kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk majlis kita pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi pada majlis sambutan Aidilfitri pada tahun yang akan datang. P/s: Jurugambar: Mohd Zulhelmy@ Mohd Ming |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |