Pilihanraya NMC 2012/2013 - Pihak SPR NMC mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga NMC yang telah mendaftarkan diri sebagai pengundi dan turut serta dalam proses penamaan calon bagi membentuk Jawatankuasa Baru NMC 2012-2013 . Selepas mengambilkira jumlah pencalonan di kalangan pengundi berdaftar, berikut merupakan senarai akhir calon Pilihanraya NMC 2012/2013 mengikut jawatan yang dipertandingkan. TAHNIAH kami ucapkan bagi buat calon-calon yang terpilih. Proses pembuangan undi akan bermula selama 5 hari bermula dari 6 hingga 10 Mac 2012. Hanya pengundi berdaftar layak untuk membuang undi. Undian boleh dibuat secara atas talian (online) di Menu Pengundian sepanjang tempoh pengundian.
Bagi yang masih belum mendaftar, berita baik untuk anda kerana tarikh daftar pengundi (Wajib) telah dilanjutkan sehingga tempoh akhir pembuangan undi Jumaat, 10 Mac 2012 (rujuk menu Daftar Pengundi). Jangan lepaskan peluang untuk menyatakan sokongan pada calon-calon yang bertanding. SELAMAT MENGUNDI |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |