Pada 26 Oktober 2011, satu majlis perjumpaan bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Biasiswa, KPT Malaysia telah dianjurkan secara bersama oleh pihak NMC dan Education Malaysia (EM) di Dunkirk and Old Lenton Community Centre. Program bertujuan sebagai platform bagi semua pelajar tajaan KPT dari Uni of Nottingham, Nottingham Trent Uni serta universiti-univeristi lain yang berdekatan (spt. Loughborough, Leicester, Darby, Sheffield dan Birmingham) mendengar taklimat, berbincang, bertanyakan soalan atau memberikan pandangan secara berhemat, dalam perkara2 yang berkaitan dgn tajaan dan pengurusan penajaan/biasiswa KPT. Pihak NMC mengucapkan terima kasih kepada En. Zainal dan En. Husin (SUB) serta Pn Wan Aribah (Education Attache, Education Malaysia, Manchester), di atas kesudian mereka berkongsi maklumat terbaru berkaitan urusan biasiswa di samping meluangkan masa beramah mesra bersama warga NMC disediakan oleh:MHY
0 Comments
Pada 8 Oktober 2011, satu majlis perbincangan ilmiah telah diadakan bertujuan sebagai pengukuhan dan pengisian rohani di samping menjadi medium untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan tentang isu-isu semasa secara berhemah di kalangan warga NMC. Majlis dikendalikan oleh Ustaz Suharman dan dihadiri oleh seluruh warga lelaki NMC yang berkelapangan. Kesempatan ini juga digunakan oleh pihak NMC untuk mendengar sebarang keluhan/masalah ahli-ahli NMC dan membuat beberapa pengumuman penting berkenaan idea dan perancangan aktiviti-aktiviti yang akan datang melibatkan warga NMC. Majlis kemudiannya diikuti dengan sesi suaikenal dengan warga NMC yang baru. Tetamu-tetamu yang hadir kemudiannya dihidangkan dengan jamuan ringkas. disediakan oleh: MHY
Pihak NMS dengan kerjasama NMC telah menganjurkan program Freshers Welcoming Dinner bertempat di Dunkirk and Lenton Community Centre pada 7 Oktober 2011 yang lalu. Pada majlis tersebut, sejumlah warga NMC yang telah bekeluarga hadir menawarkan diri selaku "keluarga angkat" kepada para pelajar Malaysia yang baru menjejakkan kaki di Nottingham. Tujuan program antara lain adalah untuk membantu para pelajar baru menyesuaikan diri dengan suasana berbeza di perantauan; memupuk rasa kekeluargaan bagi para pelajar baru yang berjauhan dengan keluarga di Malaysia; dan merapatkan hubungan dan kerjasama NMC-NMS. Hidangan nasi lemak, roti canai dan kuih-muih turut disediakan disediakan oleh: MHY
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |