Pada 27 Jun 2015 yang lalu telah diadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk NMC yang diketuai oleh saudara Jeffri dan Hafiz Abu Hassan. Aktiviti ini telah disertai oleh ramai warga NMC yang bermula pada pukul 3.30 petang dan diakhiri dengan pembahagian bubur lambuk ke setiap rumah warga NMC di Nottingham sehingga waktu berbuka puasa. Terima Kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan aktiviti ini.
0 Comments
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Pada 20 Jun 2015 telah diadakan sambutan majlis berbuka puasa dan solat sunat terawikh bagi semua warga Malaysia di Nottingham. Majlis dilangsungkan di Jubilee campus. University of Nottingham bermula pada pukul 8.30 malam dan diakhiri dengan juadah moreh pada pukul 12.00 malam. Pihak NMC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Nottingham yang hadir pada majlis ini. Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (20/6/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang Dr Radzuan Ab Rashid di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Radzuan (wan) dan keluarga telah kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Tidak ketinggalan NMC ingin mengucapkan jutaan tahniah kerana memperoleh doktor falsafah (Dr) baru-baru ini. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (13/6/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En Harizal Senik & Suvik Phutmanee di kediaman beliau di Hyson Green & Dunkirk . Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En Harizal & En Suvik yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (6/6/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang Haji Azlan di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Haji Azlan dan keluarga yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (23/5/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Khairuddin Md Isa (Pak Din) di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pak Din dan keluarga yang telah kembali ke Malaysia. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (16/5/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Dzulkifli Mukhtar di kediaman beliau Nuthall. Berbeza dengan gotong-royong mengangkut barang ke kontena sebelum ini, ahli nmc akan memindahkan barang-barang ke kediaman baru di Old Basford Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat mendiami rumah baru kepada En Dzulkifli
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |