Pada 8 Feb 2014 yang lepas telah diadakan program gotong-royong mengangkat barang sempena keberangkatan pulang Saudara Omar dan keluarga serta Saudara Ashraf dan Isteri. Program dimulakan dengan sesi sarapan pagi dengan peserta-peserta cuba mendapatkan tenaga untuk dikerah dalam 3 jam yang berikutnya. Berbagai juadah telah disediakan oleh chef-chef NMC . Setelah bertungkus-lumus membanting tulang akhirnya pada pukul 11.45am kontena berjaya dipenuhkan. Program diteruskan dengan Sesi makan tengahari dengan juadah yang lebih menarik seperti kari daging, ayam goreng dan sebagainya disediakan oleh warga HELWA. Terimakasih kepada warga NMC serta Selamat berangkat pulang buat Saudara Omar, Ashraf dan famili. Kami mendoakan agar mereka terus sukses dalam bidang masing-masing. InsyaAllah. Suntingan oleh-HILMI
0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ahlan Wa Sahlan / Selamat datang kepada Saudara Faizan, Isteri Pn Suraya serta anak ke Nottingham, UK. Mereka telah tiba di Nottingham pada awal Februari yang lepas. Kami dari warga NMC mengalu-alukan ketibaan mereka sekeluarga sebagai ahli baru. Di harap selepas ini ukhwah dapat terjalin dengan lebih erat sesama warga NMC. Dilaporkan oleh -Hilmi- (AJK IT & Teknikal NMC 2014/2015)
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |