Meriah!
Gambar sekitar suasana Pasar Malam NMC sebentar tadi. Tak menang tangan nampaknya peniaga-peniaga kita. Harapnya semua pelanggan sempat membuat pembelian sebelum barang jualan kehabisan sebentar tadi 😄 Pihak NMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada peniaga yang memberi kerjasama dan juga para pembeli yang memeriahkan suasana. Jumpa lagi di pasar malam yang seterusnya. Nantikan update dari kami dari masa ke masa! #BersamaNMCBangunkanKomuniti — feeling happy.
0 Comments
Seronok ni main beramai-ramai. Lokasi John Carroll Leisure Centre. Semua puas, keluar peluh sampai ada yang sakit tangan .
Surah Al-Ma'un
Surah ini diwahyukan di Makkah Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan sifat-sifat mereka yang mendustakan agama. Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah : Mengecam orang-orang yang menindas anak-anak yatim dan membiarkan fakir miskin. Sumber ambilan ialah : Ayat 1 - Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Ayat 2 - Orang itu ialah yang menindas serta berlaku kasar kepada anak yatim. Ayat 3 - Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah : Mengecam orang-orang yang lalai dari solah mereka juga mendirikan solah mereka kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia. Sumber ambilan ialah : Ayat 4 - (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. Ayat 5 - Yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyang. Ayat 6 - (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (dalam ibadah dan bawaannya). Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah : Menerangkan orang-orang yang enggan memberi pertolongan-pertolongan yang lazimnya diberi. Sumber ambilan ialah : Ayat 7 - Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). Terima kasih kepada semua yang berkesempatan untuk turun dan beriadah bermain badminton bersama-sama.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak NMC berbesar hati menyambut ketibaan dan penyertaan seorang lagi warga baru Kampung Nottingham yang tiba bersama ibu dan bapanya pada 14 Januari 2019. Beliau ialah Farah Adila dan bakal bergelar pelajar Master di Universiti Nottingham Trent Uni di dalam bidang Biomedical Science. Berasal dari Johor dan akan berada di sini selama setahun. Pihak NMC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Halim dan isteri, Tira yang sudi menjadi host kepada Farah Adila dan keluarga. Selamat datang diucapkan kepada Farah ke keluarga besar Nottingham Malaysian Community! #BersamaNMCBangunkanKomuniti |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |