Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak NMC berbesar hati menyambut ketibaan dan penyertaan seorang lagi warga baru Kampung Nottingham yang tiba bersama ibu dan bapanya pada 14 Januari 2019. Beliau ialah Farah Adila dan bakal bergelar pelajar Master di Universiti Nottingham Trent Uni di dalam bidang Biomedical Science. Berasal dari Johor dan akan berada di sini selama setahun. Pihak NMC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Halim dan isteri, Tira yang sudi menjadi host kepada Farah Adila dan keluarga. Selamat datang diucapkan kepada Farah ke keluarga besar Nottingham Malaysian Community! #BersamaNMCBangunkanKomuniti
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |