28 APRIL 2022: SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA DR KARTINI ALIAS ATAS KEJAYAAN LULUS PhD VIVA
Alhamdulillah, Pn Kartini berjaya menamatkan PhD beliau dengan lulus sesi Viva Voce beliau pada 28 April 2022. Semoga kejayaan yang menamatkan pengajian PhD beliau turut menjadi penyuntik semangat dan motivasi buat ahli NMC yang lain. Tahniah juga diucapkan buat Tuan Azrul dan keluarga atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam perjalanan ini. Mereka merupakan ahli NMC yang sering menjadi tulang belakang kepada aktiviti komuniti NMC sepanjang 4 tahun mereka di sini. Kepada Tini, you make us proud; Keep Calm & Viva WELL DONE! ALHAMDULILLAH. We are the Community The Community is Us 28 April 2022 JK Eksekutif NMC
2 Comments
Majlis Iftar Perdana NMC 2022
Sekitar acara majlis iftar NMC bagi sesi 2022/23. Alhamdulillah ini merupakan acara sulung yang dianjurkan sejak pandemik COVID melanda. Alhamdulillah kami diberikan kesempatan untuk mendengar taklimat daripada Penghulu NMC sesi 2022, Tuan Azral diikuti dengan Tazkirah Ramadhan daripada Ustaz Md Zin yang kebetulan berada di sini menemani anak dan cucu di Nottingham. Terima kasih kami ucapkan buat semua yang bertungkus-lumus di sebalik tabir bagi memastikan kelangsungan majlis yang barakah ini. Jumpa lagi di masa yang akan datang, INSYAALLAH! NMC Iftar Perdana
16 April 2022 Radford Academy Assalamualaikum & Salam Sejahtera InsyaAllah, ini adalah aktiviti pertama yang dirancang bagi mempertemukan hampir 60 orang warga NMC. Pihak eksekutif juga akan membuka kaunter untuk kemaskini keahlian anda dan rebut peluang untuk memenangi 3 hadiah cabutan bertuah pada majlis pada hujung minggu ini. Bagi memastikan kelancaran majlis, mohon kerjasama tuan/puan untuk perkara berikut: 1) Membawa sejadah untuk kegunaan keluarga masing2. Digalakkan untuk mengambil wuduk dari rumah memandangkan tempat mengambil wuduk adalah terhad. 2) Membawa bekas TAPAUware (untuk membungkus lebihan makan). 3) Hadir awal (mengikut jadual pogram yang dirancang) untuk tujuan pengemaskinian database ahli/pembayaran yuran keahlian. 4) Menjaga kebersihan dewan yang digunakan. 5) Menjaga keselamatan/tingkah laku ahli keluarga masing2 terutama kanak2 untuk mengelakkan perkara yang tidak diundang. 6) Bersama-sama mengemas dewan selepas aktiviti dilaksanakan. 7) Mematuhi peraturan semasa Kerajaan berhubung Covid 19, walaupun tidak diwajibkan, adalah digalakkan semua yang hadir untuk memakai pelitup muka dan sama2 menjaga 'social distancing'. Dan ; 8) Sekiranya ada mohon bawa (i) picnic mat* (ii) foldable table & chair JUMPA DI SANAAA SANAAAA SANAAAAA... 🥰🥰🥰🥰🥰 Sekian terima kasih. Juliana Mohamed@Julie NMC Head of PR@Communications Mewakili Eksekutif NMC 2022/23, kami ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini. Semoga kebahagiaan Ramadhan selalu menyertai kita semua. May almighty Allah grant us a beautiful Ramadan with all it rewards and blessings and make this year's Ramadan the best of our Ramadan bi'znillaah. Ramadhan Kareem! Terima kasih kepada semua yang hadir ke program TTS NMC Ahad (1hb. Mac) bertempat di Trent Building, Nottingham University. Sekalung penghargaan kepada Dr Cha yang telah berkongsi bab awal dari buku 'The Muslim Parent's Guide' yang menyentuh langkah-langkah dan kepentingan untuk mewujudkan persekitaran yang Islamik dirumah melalui solat, bacaan Al-Quran, amalan bersedekah dan juga amalan-amalan sunnah. Amat bermakna untuk dipraktikkan oleh ibubapa dengan anak-anak dirumah. Perkongsian yang amat sesuai untuk setiap lapisan golongan sama ada yang berkeluarga ataupun belum. Penghargaan juga kepada K. Fifi, Abg Akbar dan Abg Azrul yang telah berkongsi pengalaman Umrah DIY disamping banyak tips-tips yang berguna buat yang hadir. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan! #BersamaNMCBangunkanKomuniti Berakhirnya majlis NMC Annual Gathering bertempat di Nottingham Islam Information Point, ini menandakan permulaaan kepada penggerak NMC yang baru bagi tahun 2020. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis perhimpunan penutup kepada sesi 2019, mengimbau memori-memori bersama sepanjang tahun lepas disamping juadah-juadah yang lazat dan enak, sambil berkenalan dengan warga NMC yang baru. Teruskan Bersama NMC Bangunkan Komuniti di sesi 2020! Gambar-gambar dan video sekitar acara Family Day NMC yang telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai 2019 yang lalu. Bertempat di Sherwood Pines Forest, pelbagai acara yang telah dilangsungkan untuk pelbagai peringkat umur. Ada acara untuk anak-anak, acara untuk kaum bapa dan ibu serta acara berpasangan suami-isteri. Ia turut diserikan dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oelh warga NMC secara potluck dan juga BBQ yang di taja oleh NMC. Alhamdulillah, seharian berada di sana dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan ikatan sesama komuniti di sana cukup menggembirakan menyeronokkan. Pihak NMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sekaligus menjayakan acara ini. PROGRAM TADARUS AL-QURAN NMC SESI RAMADHAN 2019/1440H
Pada 7 Ramadhan bersamaan 12/05/2019 alhamdulillah NMC berjaya menganjurkan program perjumpaan Tadarus Circle pertama (Juz 9 - 10) yg bertempat di Highfield Park,Unipark . Di samping kita bertadarus, aktiviti mewarna bagi anak-anak turut diadakan yang bertemakan bulan Ramadhan. Hadiah saguhati turut diberikan kepada anak-anak. Sahabat kita Halim juga sempat menyampaikan tazkirah ringkas yg bertajuk takwa. Semoga usaha untuk memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran ini menjadi salah satu ibadat untuk taqarrub kepada Allah SWT sepanjang bulan mulia ini. Ameen. Jawatankuasa Ihya' Ramadhan NMC 2019/1440H Bersama NMC Bangunkan Komuniti NOTTINGHAM 7 April 2019; Acara NMC Games 2019 diteruskan pada Ahad lalu dengan acara untuk individu dan juga keluarga iaitu sukan boling. Seramai 13 peserta dewasa dan 14 peserta kanak-kanak dan remaja telah terlibat mengambil bahagian dalam acara ini. Acara dimulakan pada pukul 8.30 malam dengan sedikit taklimat dan pembahagian kumpulan. Rata-rata pemain dilihat agak berhati-hati di pusingan pertama kerana telah lama tidak berboling. ‘Ini adalah kali pertama saya bermain setelah hampir 5 tahun tidak bermain..’ kata seorang pemain. Melihat keadaan ini, Saudara Shah dilihat bijak mengambil kesempatan untuk mengungguli pusingan pertama. Walaupun dilihat sibuk mengejar anaknya yang aktif ke sana ke mari, namun ia tidak memberi tekanan dan gangguan kepada beliau untuk menghasilkan strike dan spare yang bertubi-tubi. ‘Saya pernah mewakili sekolah dalam sukan hoki dulu..’ katanya sambil tersenyum apabila ditemuramah oleh Ajk Sukan NMC. Walaupun nampak macam tiada kaitan, tapi ia dilihat antara faktor yang menyebabkan beliau mampu menghasilkan balingan yang berkualiti. Dr Kareem juga dilihat sempat untuk mengulangkaji tutorial 'How to bowl like a pro' sementara menunggu gilirannya membuat balingan. Walaubagaimanapun, tindakan yang dilihat agak last minute ini tidak mampu memberi impak yang besar kepada balingannya. ‘Next time kena study awal-awal lagi..’ katanya penuh semangat. Cukup bermotivasi untuk melakukan balingan emas di kejohanan akan datang. Anak-Anak Gembira Anak-anak NMC di pelbagai peringkat umur juga kelihatan seronok. Bukan sahaja seronom membuat lontaran malahan juga berkeja-kejaran sesama mereka walaupun sudah agak lewat malam. Ada juga yang baru kali pertama berkenalan dengan sukan boling. Paling menggembirakan pastinya apabila mereka dapat mencetak kenangan terakhir beraktiviti di Nottingham bersama Afeef, Afeeqah dan Afeeya yang bakal pulang tidak lama lagi. Pihak NMC mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan acara ini. Senarai lengkap markah dan pemenang bagi acara boling akan diumumkan dalam masa terdekat, InshaAllah. Bersama NMC Bangunkan Komuniti Setelah sekian lama berkelana menuntut ilmu, menyumbang budi di bumi Nottingham, kini tiba giliran saudara Zul pula untuk pulang menyumbang kepakaran membangunkan anak bangsa di Malaysia.
Lebih mesra dengan panggilan Abg Zul, beliau berkata lebih 2 minggu masa yang diperuntukkan untuk pecutan terakhir mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke tanah air. Namun atas semangat kerjasama warga NMC yang tinggi, segala barangan yang dilihat banyak itu mampu diangkut dalam tempoh masa yang singkat. Sementara itu, persoalan warga NMC berkenaan saudara Pyan yang merupakan jiran sebelah rumah Abg Zul tapi tidak kelihatan diawal pagi akhirnya terjawab apabila beliau dilihat sibuk menggoreng ayam untuk sajian sarapan pada pagi tersebut. Abeyen turut tidak ketinggalan melengkapkan hidangan pada pagi itu dengan sambal signature nasi lemaknya. Abg Zul turut merakamkan setinggi penghargaan kepada warga NMC yang telah sama-sama membantunya. 'Buat warga NMC yg hadir pada pagi tadi, menginfak budi dalam membantu mengangkut barang ke kontena, kami sekeluarga amat hargai dan berterima kasih. Sungguh hidup berkasih sayang itu amat indah dan para sahabat adalah penyumbang kpd keindahan itu.' Seterusnya diakhiri dengan serangkap pantun yang berbunyi: _'Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.'_ Pihak NMC merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Abg Zul sekeluarga atas sumbangannya kepada komuniti sepanjang berada di sini. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari NMC pada sesi lepas dan merupakan antara yang bersama-sama memeriahkan pasar malam NMC dengan pelbagai juadah yang menarik. Kita doakan semoga Abg Zul terus maju jaya di masa hadapan! Laporan oleh: Unit Kebajikan & Penempatan NMC 2019to edit. Nottingham, 23 Feb: Seramai 13 penjual telah bersama-sama menjayakan acara Pasar Malam NMC dengan pelbagai jenis juadah untuk warga Malaysia dan juga orang luar yang ingin menikmati kelazatan masakan dari Malaysia tempoh hari. Pilihan makanan. air minuman dan kuih-muih yang pelbagai ini juga menyaksikan Dunkirk Community Centre dipenuhi oleh pengunjung seawal pukul 6 petang lagi.
Walaupun terpaksa bersesak untuk membeli makanan, para pengunjung nyata gembira dan berpuas hati. Susana seperti ini juga semestinya mengembalikan nostalgia pasar malam di tanah air Malaysia. Pasar malam seterusnya akan berlangsung pada 16 Mac 2019. Jangan lupa untuk menanda diari anda. Jumpa di sana! 9 Februari - Amalan gotong royong dan tolong menolong terus segar diamalkan di dalam komuniti warga Malaysia yang menetap di Nottingham. Angin yang bertiup kencang di celahan sinaran mentari tidak menghalang warga NMC untuk turun membantu Tuan Sufri mengangkat barang-barang ke dalam kontena. Sufri yang juga terkenal dengan jolokan Sufri El-Loco bakal pulang ke Malaysia setelah 5 tahun berada di sini.
Saudara Tajul antara yang terawal tiba berkata, amalan gotong royong patut diteruskan kerana ia menjadi satu medium untuk warga NMC berkenalan dan bersilaturrahim. "Inilah salah satu tempat dimana orang yang baru berpeluang untuk berkenalan dengan orang yang lebih lama menetap disini." Sambungnya sambil meneruskan suapan nasi lemak ke mulutnya. Kesibukan bergelar doktor pakar kanak-kanak tidak menghalang Doktor Cha meluangkan masa untuk sama-sama turun membantu. Walaupun kelihatan agak kepenatan tetapi beliau tetap dilihat bersemangat. Dr. Cha yang juga merupakan antara yang lama menetap di Nottingham turut berkongsi ke pentingan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat, apatah lagi kita yang hidup di perantauan. "Nilai-nilai hidup sebegini tidak diperoleh didalam kelas tetapi perlu dicari di dalam universiti kehidupan." Katanya sambil berkongsi tentang falsafah hidupnya iaitu 'Erti Hidup Pada Memberi'. Kelibat Tuan Rufaizal juga dapat dilihat antara yang terawal tiba 122 Forster Street. Di khabarkan beliau telah membatalkan satu appointment yang dijadualkan pada hari tersebut kerana tidak ingin melepaskan peluang untuk turut sama membantu Saudara Sufri. Sementara itu Pian, rakan rumah Sufri kelihatan agak sugul kerana mungkin memikirkan dirinya yang bakal berpisah dengan Sufri tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, perasaan sedih beliau kelihatan sedikit terubat dengan kehadiran dan celoteh warga NMC yang datang membantu. Jawatankuasa NMC juga turut rasa gembira dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga NMC dan berharap budayasebegini akan berterusan dan berkekalan. Laporan oleh: Unit Kebajikan & Penempatan NMC Meriah!
Gambar sekitar suasana Pasar Malam NMC sebentar tadi. Tak menang tangan nampaknya peniaga-peniaga kita. Harapnya semua pelanggan sempat membuat pembelian sebelum barang jualan kehabisan sebentar tadi 😄 Pihak NMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada peniaga yang memberi kerjasama dan juga para pembeli yang memeriahkan suasana. Jumpa lagi di pasar malam yang seterusnya. Nantikan update dari kami dari masa ke masa! #BersamaNMCBangunkanKomuniti — feeling happy. Seronok ni main beramai-ramai. Lokasi John Carroll Leisure Centre. Semua puas, keluar peluh sampai ada yang sakit tangan .
Surah Al-Ma'un
Surah ini diwahyukan di Makkah Pokok perbincangan surah ini ialah menerangkan sifat-sifat mereka yang mendustakan agama. Intisari pengajaran yang pertama surah ini ialah : Mengecam orang-orang yang menindas anak-anak yatim dan membiarkan fakir miskin. Sumber ambilan ialah : Ayat 1 - Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Ayat 2 - Orang itu ialah yang menindas serta berlaku kasar kepada anak yatim. Ayat 3 - Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Intisari pengajaran yang kedua bagi surah ini ialah : Mengecam orang-orang yang lalai dari solah mereka juga mendirikan solah mereka kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia. Sumber ambilan ialah : Ayat 4 - (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. Ayat 5 - Yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyang. Ayat 6 - (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (dalam ibadah dan bawaannya). Intisari pengajaran yang ketiga bagi surah ini ialah : Menerangkan orang-orang yang enggan memberi pertolongan-pertolongan yang lazimnya diberi. Sumber ambilan ialah : Ayat 7 - Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). Terima kasih kepada semua yang berkesempatan untuk turun dan beriadah bermain badminton bersama-sama.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak NMC berbesar hati menyambut ketibaan dan penyertaan seorang lagi warga baru Kampung Nottingham yang tiba bersama ibu dan bapanya pada 14 Januari 2019. Beliau ialah Farah Adila dan bakal bergelar pelajar Master di Universiti Nottingham Trent Uni di dalam bidang Biomedical Science. Berasal dari Johor dan akan berada di sini selama setahun. Pihak NMC juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Halim dan isteri, Tira yang sudi menjadi host kepada Farah Adila dan keluarga. Selamat datang diucapkan kepada Farah ke keluarga besar Nottingham Malaysian Community! #BersamaNMCBangunkanKomuniti lokasi kejadian.. Sherwood Pines, Cannock Chase, Wollaton Park, Strelley Village, Uni Park UoN, Hemlock Stone, Forrest Field, Clifton Village, Castle Marina, Attenborough Park, Colwick Park, Peak District Lady Bower Loop..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |