Gambar-gambar dan video sekitar acara Family Day NMC yang telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai 2019 yang lalu. Bertempat di Sherwood Pines Forest, pelbagai acara yang telah dilangsungkan untuk pelbagai peringkat umur. Ada acara untuk anak-anak, acara untuk kaum bapa dan ibu serta acara berpasangan suami-isteri. Ia turut diserikan dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan oelh warga NMC secara potluck dan juga BBQ yang di taja oleh NMC. Alhamdulillah, seharian berada di sana dengan pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan ikatan sesama komuniti di sana cukup menggembirakan menyeronokkan. Pihak NMC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sekaligus menjayakan acara ini.
0 Comments
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |