Pihak NMC mengucapkan Selamat Beribadah Puasa di bulan Ramadhan 1432H/2011M yang akan bermula pada Isnin 1 Ogos 2011, kepada semua warga NMC khususnya dan semua masyarakat Islam UK amnya. Semogaa bulan Ramadhan yang bakal dilalui membersihkan jiwa dan menambah keimanan dan seterusnya kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah swt.
10 Comments
Petang tadi sekitar jam 2.25 ptg, konvoi 2 kereta yang menghantar Abg Zainal sekeluarga telah meninggalkan lokasi 260 Berridge Road yang menjadi kediaman mereka selama lebih lima tahun, menuju ke Birmingham Int Airport. Bermulalah perjalanan mereka untuk pulang ke Malaysia. Ramai warga NMC telah sempat hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. NMC mengucapkan selamat jalan dan selamat maju jaya kepada Abg Zainal sekeluarga.
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |