Setelah sekian lama berkelana menuntut ilmu, menyumbang budi di bumi Nottingham, kini tiba giliran saudara Zul pula untuk pulang menyumbang kepakaran membangunkan anak bangsa di Malaysia.
Lebih mesra dengan panggilan Abg Zul, beliau berkata lebih 2 minggu masa yang diperuntukkan untuk pecutan terakhir mengemas barang-barang untuk dibawa pulang ke tanah air. Namun atas semangat kerjasama warga NMC yang tinggi, segala barangan yang dilihat banyak itu mampu diangkut dalam tempoh masa yang singkat. Sementara itu, persoalan warga NMC berkenaan saudara Pyan yang merupakan jiran sebelah rumah Abg Zul tapi tidak kelihatan diawal pagi akhirnya terjawab apabila beliau dilihat sibuk menggoreng ayam untuk sajian sarapan pada pagi tersebut. Abeyen turut tidak ketinggalan melengkapkan hidangan pada pagi itu dengan sambal signature nasi lemaknya. Abg Zul turut merakamkan setinggi penghargaan kepada warga NMC yang telah sama-sama membantunya. 'Buat warga NMC yg hadir pada pagi tadi, menginfak budi dalam membantu mengangkut barang ke kontena, kami sekeluarga amat hargai dan berterima kasih. Sungguh hidup berkasih sayang itu amat indah dan para sahabat adalah penyumbang kpd keindahan itu.' Seterusnya diakhiri dengan serangkap pantun yang berbunyi: _'Ambilkan saya buah delima, Masak sebiji di balik daun; Budi tuan saya terima, Jadi kenangan bertahun-tahun.'_ Pihak NMC merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Abg Zul sekeluarga atas sumbangannya kepada komuniti sepanjang berada di sini. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Bendahari NMC pada sesi lepas dan merupakan antara yang bersama-sama memeriahkan pasar malam NMC dengan pelbagai juadah yang menarik. Kita doakan semoga Abg Zul terus maju jaya di masa hadapan! Laporan oleh: Unit Kebajikan & Penempatan NMC 2019to edit.
0 Comments
Nottingham, 23 Feb: Seramai 13 penjual telah bersama-sama menjayakan acara Pasar Malam NMC dengan pelbagai jenis juadah untuk warga Malaysia dan juga orang luar yang ingin menikmati kelazatan masakan dari Malaysia tempoh hari. Pilihan makanan. air minuman dan kuih-muih yang pelbagai ini juga menyaksikan Dunkirk Community Centre dipenuhi oleh pengunjung seawal pukul 6 petang lagi.
Walaupun terpaksa bersesak untuk membeli makanan, para pengunjung nyata gembira dan berpuas hati. Susana seperti ini juga semestinya mengembalikan nostalgia pasar malam di tanah air Malaysia. Pasar malam seterusnya akan berlangsung pada 16 Mac 2019. Jangan lupa untuk menanda diari anda. Jumpa di sana! |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |