Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 8 Jun 2014, telah diadakan pesta sukaneka KAFA Lil' Calph dan majlis penghargaan untuk tenaga pengajar yang terdiri daripada adik-adik undergraduate. Acara yang bertempat di University Park, University of Nottingham itu telah dimulakan pada pukul 10 pagi. Dalam keadaan cuaca yang amat baik, para ahli dan anak-anak NMC telah memberikan sambutan yang begitu menggalakkan. Acara dimulakan dengan sukaneka, di mana para peserta begitu bersemangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan merah, kuning, biru dan hijau. Acara-acara yang dipertandingkan seperti bawa bola pingpong dalam sudu, lari tali skipping, lari bawa baton. cari gula-gula dalam tepung dan sebagainya telah mendapat persaingan sengit daripada setiap kumpulam yang bertanding. Acara sukaneka berakhir pada pukul 12 tengahari dan disusuli dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta dan diikuti dengan pemberian cenderamata kepada adik-adik undergraduate yang selama ini menjadi sukarelawan sebagai tenaga pengajar di KAFA berkenaan. Kami daripada pihak NMC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para tenaga pengajar yang selama ini menjadi tulang belakang kepada KAFA itu sendiri. Segala jasa anda semua mendidik anak-anak kami amatlah besar nilainya dan hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |