Assalamualaikum & salam sejahtera,
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, NMC akan menganjurkan Majlis Iftar sempena bulan Ramadhan 1435H. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 11 Julai 2014 bersamaan 13 ramadhan 1435H (Jumaat) Masa: 8:00 pm - 12:00 am Tempat: Amenities Building, Jubilee Campus, University of Nottingham UK Tentatif program: 8:00 mlm - 8:15 mlm: Ketibaan para hadirin & hadirat 8:15 mlm - 9.28 mlm: Sesi Tadarus Al-Quran/ sesi bayaran zakat fitrah boleh dibuat kepada saudara Haris atau Hilmi dengan bayaran £4 seorang. 9.28 mlm - 9.35 mlm: Berbuka puasa (surau) 9:35 mlm - 9.50 mlm: Solat fardhu Maghrib berjemaah 9:50 mlm - 10.45 mlm: Makan malam (ruang makan) 10:45 mlm - 11.00 mlm: Persiapan untuk sesi tazkirah 11:00 mlm - 11:20 mlm: Tazkirah Ramadhan- En. Taufik Ahmad (Education Attache for Midlands & Scotland) 11:20 mlm - 11:30 mlm: Solat fardhu Isyak berjemaah 11:30 mlm - 11.45 mlm: Solat sunat Tarawih berjemaah 11:45 mlm - 12:00 tgh mlm: Moreh & selesai majlis Sahabat-sahabat semua adalah dijemput untuk sama-sama hadir ke majlis tersebut. Jumpa anda di sana!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |