Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 7 Jun 2014, telah diadakan sesi gotong-royong mengangkat barang ke dalam kontena sempena keberangkatan pulang Dr. Dasuki sekeluarga ke tanahair. Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan sarapan pagi untuk mengumpul tenaga untuk acara seterusnya. Selepas itu, para ahli NMC bersama-sama membantu mengangkat baran-barang ke dalam kontena. Setelah memerah keringat mengangkat barang-barang tersebut, akhirnya kontena tersebut dapat dipenuhkan sebelum pukul 12 tengahari. Acara kemuncak ialah makan tengahari, yang disediakan oleh chef-chef pakar daripada kaum-kaum ibu NMC sendiri. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan selamat berangkat pulang dan selamat maju jaya kepada Dr. Dasuki sekeluarga. semoga kita berjumpa lagi!!
1 Comment
DR Dasuki
14/10/2020 03:03:12 am
Terima kasih NMC diatas segalanya.TQ
Reply
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |