Assalamualaikum & salam sejahtera,
InshaAllah, NMC akan menganjurkan Majlis Solat Sunat Aidilfitri pada pagi Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 1 Syawal 1435H Tempat: Radford Primary School (Isnin- 28/7) ATAU Dunkirk Community Centre (Selasa- 29/7) Tentatif Majlis: 9:15 am: Ketibaan para hadirin & Takbir Hari Raya 9:30 am: Solat Hari Raya Aidilfitri 9:45 am: Khutbah Aidilfitri 10:15 am: Jamuan (potluck) 11:45 am: Majlis bersurai *Sila bawa sejadah masing-masing Kami daripada pihak NMC dengan berbesar hati menjemput sahabat-sahabat semua untuk sama-sama hadir bagi mengimarahkan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran sahabat-sahabat semua akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri di bumi Nottingham ini. Jumpa anda semua di sana!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |