Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 3 Ogos 2014 bertempat di Sports Center University of Nottingham, telah diadakan satu perlawanan bolasepak persahabatan di antara warga pria NMC. Perlawanan kali ini merupakan antara sesi persediaan bagi pihak NMC untuk menentang pasukan Loughborough dalam perlawanan persahabatan kelak disamping untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga NMC. Pasukan yang telah dibentuk adalah pasukan 'Sek Kito Jange Pecoh' (SKJP) yang berjersi biru diketuai kaptennya saudara 'Ming' menentang pasukan 'Ustaz Mu Tunggu Aku Datang' (UMTAD) yang berjersi putih dengan kaptennya saudara' Hafiz'. Pesta bola kali ini dinamakan 'Pesta Bola Raya' bersesuaian dengan kebanyakan ahli NMC menghadiri jamuan rumah terbuka pada sebelum dan selepas waktu perlawanan persahabatan dan merupakan perlawanan pertama bola sepak di bulan Syawal ini. Perlawanan kali ini dimulakan pada pukul 6 pm dan tamat pada pukul 8 pm. Walaupun perut para pemain 'sarat' dengan ketupat dan rendang, namun perlawanan tersebut tetap rancak dan menyajikan aksi berbalas serangan diantara kedua-dua pasukan. Penjaga gol kedua-dua pasukan juga bertindak cemerlang, bertungkus lumus menafikan percubaan antara kedua-dua pasukan. Keputusan penuh perlawanan menyaksikan pasukan UMTAD menewaskan pasukan SKJP dengan jaringan 5 berbalas 4. Di harap pasukan NMC dapat meningkatkan lagi stamina dan strategi bagi memantapkentalkan pasukan ini. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan. UMTAD ( 5 ) VS SKJP ( 4 ) Gol Gol Haris (3 jaringan)-hatrik Pak Din (3 jaringan) -Hatrik Hilmi (2 jaringan) Nizam (1 jaringan)
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |