Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Sabtu, 2 Ogos 2014 bersamaan 6 Syawal 1435H, telah diadakan Majlis Tautan Aidilfitri NMC bertempat di dewan Radford Primary School, Nottingham. Majlis sambutan Aidilfitri tersebut dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu Mohd Noor (Pengarah Education Malaysia United Kingdom & Ireland), En. Taufik Ahmad (Education Attache Midlands Office), En. Ahmad Tarmizi Mohd Asarani (Pegawai Education Malaysia-Administration) Cik Zaihasra Zainol Abidin (Education Attache- Student Affairs) dan hampir seluruh warga Malaysia yang berada di bumi Nottingham. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, seterusnya bacaan doa oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hassan. Selesai doa, para hadirin mendengar ucapan ringkas oleh Penghulu NMC dan diikuti oleh ucapan perasmian oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu. Setelah selesai ucapan perasmian, para hadirin berkumpul untuk bergambar kenang-kenangan sempena sambutan majlis Aidilfitri untuk tahun ini. Acara seterusnya ialah jamuan makan yang disediakan sendiri oleh warga Helwa NMC. Makanan tradisional seperti nasi impit, pulut, rendang, satay, kuah kacang, nasi minyak hujan panas dan nasi dagang mendapat sambutan ramai. Sambil menjamu selera, para hadirin dihiburkan dangan dendangan lagu-lagu raya secara minus-one oleh para warga NMC termasuk Assoc. Prof Anizu sendiri yang begitu 'sporting' mendendangkan lagu 'Menjelang Hari Raya' yang dipopularkan oleh DJ Dave. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pertandingan pakaian sedondon. Sebanyak 9 kumpulan peserta yang majoritinya dari kalangan keluarga telah mengambil bahagian. Tiga pemenang dipilih melalui 'sorakan terkuat' dan pemenang yang terpilih adalah keluarga En. Nazib, keluarga En. Sani & keluarga En. Helmi Ali. Majlis berakhir pada pukul 1 tengahari dan kami dari pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk majlis kita pada kali ini. Semoga kita dapat bertemu lagi pada majlis sambutan Aidilfitri pada tahun yang akan datang. P/s: Jurugambar: Mohd Zulhelmy@ Mohd Ming
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |