Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Seperti yang kita sedia maklum, seluruh umat Islam terutamanya di United Kingdom akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada hari Ahad 29 Jun 2014. Sehubungan dengan itu, kami dari pihak NMC ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Ramadhan Mubarak kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam di bumi Nottingham ini. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan dapat meningkatkan amalan-amalan kita yang lain. Semoga kita sama-sama dapat mengeratkan ukhuwah sesama kita dan dapat mengharungi madrasah Ramadhan dengan jayanya.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |