Assalamualaikum & salam sejahtera,
Education Malaysia UK & Ireland melalui Central Mosque London telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh United Kingdom pada tahun ini jatuh pada hari Isnin 28 Julai 2014. Sehubungan dengan itu, kami daripada pihak NMC ingin mengucapkan Taqabbalallahu Minna wa Minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga NMC yang beragama Islam dan kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kami mengendalikan NMC pada sesi ini. Kami ingin menjemput semua untuk menghadiri majlis sambutan Aidilfitri seperti berikut: 1) Majlis Takbir Raya Aidilfitri - Ahad 27/7/2014 (malam raya) -Surau Jubilee Campus, University of Nottingham -selepas solat fardhu Isyak berjemaah 2) Majlis Solat Sunat Aidilfitri: - Isnin 28/7/2014 -Radford Primary School -pukul 9:30 pagi (takbir Hari Raya pada 9:15 pagi) 3) Majlis Tautan Aidilfitri NMC - Sabtu 2/8/2014 -Radford Primary School -10:00 pagi - 1:00 tengahari Jumpa anda semua di sana!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |