Assalamualaikum & selamat berpuasa kepada semua,
Sesi tadarus Al-Quran untuk muslimin sepanjang bulan Ramadhan ini akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, di surau Jubilee Campus, University of Nottingham pada pukul 1.30pm-2.00pm (selepas solat Zuhur berjemaah). Kepada muslimin yang berkelapangan, anda semua dijemput untuk mengimarahkan majlis tadarus tersebut. Sama-samalah kita memperbanyakkan bacaan Al-Quran terutamanya sepanjang bulan Ramadhan ini. Semoga Allah memberkati segala amalan kita, inshaAllah. P/s: Untuk yang tidak berkesempatan untuk hadir, sesi ini juga akan diadakan pada hari Sabtu pada waktu yang sama- mengikut kesesuaian. Sila berhubung dengan Tuan Hj. Azlan & En. Hafiz mendapatkan info mengenai sesi pada hari Sabtu.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |