HELWA ingin meminta maaf atas kejadian tersebut dan selepas post mortem telah menyenaraikan tindakan-tindakan yang akan diambil sebagai pengajaran daripada pengalaman tersebut. Pihak Dunkirk Community Centre juga meminta maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku dan yang tidak dapat dielakkan. Lebihan masa untuk menggunakan dewan telah diberikan sebagai pampasan atas kejadian tersebut. JazakAllahKhayr kepada semua pihak yang terlibat termasuklah para penjual, para pembeli, dan juga ahli jawatankuasa yang bertindak. Laporan oleh: Norzaiha Norhan Juadah pada malam itu:
0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Hadi dan Pn. Nurul Muza sekeluarga atas kelahiran cahayamata mereka yang kedua pada 6 Februari 2015 yang lalu. Kami daripada pihak NMC mendoakan En. Hadi sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Hadi Imran akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Tahniah sekali lagi daripada kami semua!!
ASM dan salam sejahtera semua. Semalam pengumuman yuran baru dan dasar2 berkaitan dah dilancarkan. Dalam dokumen yang sama ada juga Borang Pendaftaran & Kemaskini Keahlian.
Di sini saya cuma nak bagi link kpd Borang Pendaftaran & Kemaskini Keahlian itu untuk memudahkannya diakses terus : http://goo.gl/forms/34WRNX99NI. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Seperti Tuan/Puan sedia maklum, sejak tahun lepas mantan AJK Eksekutif sesi 2014 sudah mewar-warkan perubahan struktur yuran keahlian NMC. Cadangan perubahan tersebut adalah atas pengalaman jawatankuasa-jawatankuasa tahun-tahun sebelum yang mendapati kekuatan kewangan NMC berdasarkan yuran sebelum ini adalah agak lemah dan berisiko tidak mampu untuk membiayai perkhidmatan-perkhidmatan NMC yang sedia ada seperti:
Berkaitan cadangan perubahan yuran keahlian NMC tersebut, AJK Eksekutif sesi 2015 ingin melancarkan struktur yuran baru tersebut. A. Dasar yuran keahlian NMC yang baru adalah seperti berikut: 1. Jumlah Yuran
Pada masa ini NMC tidak bercadang untuk menghalang sesiapa warga Malaysia daripada menyertai program-program dan aktiviti NMC berdasarkan pembayaran yuran. Namun begitu, kami berharap tuan-tuan dan puan-puan boleh bantu komuniti kita melalui pembayaran yuran kerana ia
5. Perbelanjaan NMC daripada sumber yuran dan pendapatan lain NMC akan berusaha sedaya upaya agar perbelanjaan duit persatuan adalah dilakukan secara telus, berhemah dan berguna untuk ahli-ahli NMC secara keseluruhan. Ini termasuk:
B. Borang keahlian dan maklumat bayaran yuran boleh didapati di pautan berikut: http://goo.gl/forms/34WRNX99NI. Saya harap dengan usaha ini, kesejahteraan komuniti kita dan ahlinya akan terus kukuh. Sekirannya ada sebarang soalan dan cadangan, hubungi saya dan ahli-ahli AJK Eksekutif melalui Facebook: https://www.facebook.com/groups/167970433364870/. Sekirannya adaBerita dan laporan aktiviti terkini NMC juga boleh dibaca dengan melayari laman web NMC di: http://notts-malaysian.weebly.com/. Sekian, terima kasih. Yang benar, Kareem Abdul-Kareem Abdul-Rahman Penghulu NMC 2015
Pada 7 Mac 2015, telah berlangsungnya Manchester Malaysian Games 2015 di Trinity Sport Centre, Manchester. Pada acara sukan ini, NMS telah menghantar pasukan bola tampar campuran (lelaki dan wanita) yang diketuai oleh saudara Nazrin Ibrahim. Beberapa pemain daripada NMC telah dijemput untuk menyertai pasukan NMS tersebut.
Setelah melalui peringkat kumpulan yang agak mencabar, mereka telah layak ke peringkat seterusnya dan akhirnya pasukan bola tampar ini telah berjaya meraih tempat ke tiga sekaligus membawa pulang pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang sesi latihan dan telah berjaya mengharumkan lagi nama NMS dan NMC. Laporan oleh Mohd Hafiz Baharuddin Sheffield Malaysian Games (SMG) telah berlangsung pada 21 Februari 2015 bertempat di King Edward & Tapton Secondary School, Sheffield. Pelbagai acara sukan dipertandingkan dan pasukan NMC yang diwakili oleh Hafiz dan Suvik telah menyertai acara Beregu Badminton Lelaki. Pasangan beregu ini berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk meneruskan cabaran di peringkat kalah mati. Walaubagaimanapun cabaran mereka berakhir di pusingan suku akhir setelah ditewaskan oleh beregu dari Warwick University. Tahniah diucapkan di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pasukan NMC ini.
Selain itu warga NMC juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga juadah masakan istimewa kepada pemain-pemain dan pelawat-pelawat di SMG 2015. Laporan oleh Mohd Hafiz Baharuddin Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Asyran dan Pn. Diana sekeluarga atas kelahiran puteri ketiga mereka pada 13 Januari 2015 yang lalu. Kami daripada pihak NMC mendoakan En. Asyran sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Anna Delisha akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Tahniah sekali lagi daripada kami semua!!
Klip Video - Cara Membuat 'Cloud Dough'
Komentar Ibu-Ibu
Gambar-Gambar Aktiviti
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Farid dan Dr. Hazulin sekeluarga atas kelahiran puteri mereka pada 27 Disember 2014 yang lalu. Dr. Hazulin telah selamat melahirkan cahayamata mereka yang ketiga pada pukul 3.30 pagi di QMC. Kami daripada pihak NMC mendoakan Dr. Farid sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Nur Athiyyah akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Tahniah sekali lagi daripada kami semua!! Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 7 Februari 2015, sesi usrah HELWA telah diadakan dengan tajuk "Semulia Akhlak Nabi" diterajui oleh Puan Asma' Abdul Aziz di teratak Puan Noraihan Mat Harun. Tajuk usrah ini dipetik daripada buku dengan tajuk yang sama oleh Amru Khalid. Antara pengisian penting yang telah dikongsi bersama adalah tentang hubung-kait ibadah dan akhlak: surah Al-Mukminun (ayat 1 - 11). 23:1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 23:2. (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, (IBADAH) 23:3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia, (AKHLAK) 23:4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (IBADAH) 23:5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (AKHLAK) 23:6. kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. 23:7. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. 23:8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (AKHLAK) 23:9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (IBADAH) 23:10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, 23:11. (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Terima kasih diucapkan kepada warga Helwa yang sudi meluangkan masa untuk menimba ilmu dan berkongsi idea serta pengalaman masing-masing. Semoga kita berjumpa lagi di sesi seterusnya, inshaAllah. Laporan Norzaiha Norhan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada hari Ahad (25/01/2015) telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara NMC dengan Malaysian Coventry Society (MCS) di 3G Pitch, University of Nottingham Sports Centre, University of Nottingham. Perlawanan tersebut berlangsung dari pukul 3.06 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan dimainkan secara 7-sebelah. NMC yang diperkuatkan dari kalangan warga NMC, NMS dan NTUMS telah di kejutkan gol pembukaan oleh MCS pada separuh masa pertama. NMC cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi di hukum oleh barisan serangan MCS yang melakukan counter-attack pantas yang berjaya menghasilkan gol ke-2. Pada separuh masa ketiga menyaksikan goal-spree terhasil dari pasukan NMC dan MCS. NMC mengusai perlawanan dengan serangan-serangan berbahaya ke pintu goal lawan namun MCS berjaya menambah 3 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 5-0 menuju ke wisel penamat. Tetapi NMC berjaya juga menunjukan sedikit bibit kebangkitan pada 5 minit terakhir apabila membalas 2 gol pada penghujung perlawanan. Setelah wisel penamat dibunyikan, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 5-2. Selepas perlawanan, Dr Kareem selaku penghulu NMC telah menyampaikan sedikit ucapan dan para pemain dijemput untuk menjamu pot-luck yang disediakan. Semoga perlawanan ini akan dapat diadakan secara tahunan dan dapat mengeratkan silaturahim antara NMC dan MCS. Sekian. Terima Kasih Majlis Konvokesyen University of Nottingham: Tahniah kepada Pn Dana Wazani,En. Zulhelmy & Pn Hafiza15/12/2014 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Pihak NMC dan seluruh warga komuniti malaysia di Nottingham ingin merakamkan ucapaan jutaan tahniah kepada Pn Dana Wazani, En Zulhelmy Hishamuddin (Ming) dan Pn Hafiza Mustakim atas kejayaan mendapatkan ijazah dalam peringkat sarjana (masters) dalam bidang masing-masing. Saudari Dana bergraduasi pada 9/12/2014 manakala saudara Zulhelmy dan saudari Hafiza pada 12/12/2014. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan yang akan di kecapi kelak. Selamat maju jaya. Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (13/12/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Ir. Azam Mohd Said di kediaman beliau di Forest Field. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En Azam dan keluarga yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamuaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Disini disertakan senarai terkini ahli jawatankuasa NMC 2015 berdasarkan keputusan pilihan raya yang diadakan baru-baru ini Penghulu: Dr. Abdul-Kareem Abdul-Rahman Naib Penghulu: Shahrizal Norwawi Setiausaha: Muhamad Fahmi Yunus Bendahari: Mohd Jefri Abd Rahman Ahli jawatankuasa: -Kebajikan dan Penempatan: Fazrul Haizam Abdullah -Sukan dan Acara: Mohd Hafiz Baharuddin -IT dan Teknikal: Mohd Anas Mohd Sabri -Kerohanian dan Kemajuan Diri: Mohamad Fitri Mohamad Haris -Hal Ehwal Wanita (Helwa)1: Bazlin Mohd Arshad -Hal Ehwal Wanita (Helwa)2: Norzaiha Norhan Semoga saf kepimpinan terbaru ini dapat meneruskan kesinambungan gerak kerja pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Sekian, terima kasih Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Ahad, 7 Disember 2014 telah diadakan Majlis Penghargaan NMC Games 2014 & Pelantikan Ahli Jawatankuasa NMC 2015. Majlis yang berlangsung di dewan Radford Primary School tersebut mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga NMC. Pengerusi majlis pada kali ini ialah saudara Wan Suhaimizan. Majlis dimulakan kira-kira pukul 10.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hassan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh penghulu NMC 2014, Dr. Mohd Fadly. Selesai ucapan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah cenderamata NMC Games 2014 kepada semua ahli NMC yang terlibat dalam setiap acara sukan, pengadil jemputan dan urusetia untuk sesetengah acara yang telah berlangsung. Pada masa yang sama, NMC juga menghargai jasa dan pengorbanan para warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk setiap acara anjuran NMC dengan penyampaian Sijil Penghargaan Helwa kepada yang terlibat. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh penghulu NMC, Dr. Mohd Fadly dan AJK Helwa NMC, Puan Nurain Saiful. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi pelancaran Jersi NMC yang baru. Jersi-jersi tersebut telah disumbangkan oleh salah seorang warga NMC, sebanyak 14 helai kesemuanya. Set jersi tersebut akan menjadi milik NMC dan boleh dipakai untuk setiap acara sukan yang melibatkan warga NMC, baik lelaki mahupun wanita. Jersi-jersi tersebut akan disimpan oleh AJK Sukan NMC dan setiap kapten pasukan boleh mendapatkanya daripada beliau dan memulangkan semula selepas digunakan. Model pelancaran jersi pada majlis tersebut ialah saudara Nazman (bolasepak), saudara Jefri (sepaktakraw), Puan Adila (badminton) dan Puan Elissa (bola tampar) yang menggayakan jersi tersebut untuk diperkenalkan kepada semua warga NMC. Selesai sesi tersebut, majlis disambung dengan acara penyampaian hadiah perpisahan kepada Keluarga saudara Nazib & Puan Dana dan saudara Azam & Puan Latifah (keluarga Zulhelmy & Fiza tidak dapat hadir). Selamat berangkat pulang ke tanahair kepada mereka semua. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pembubaran AJK NMC 2014. Setiap AJK NMC 2014 telah mengambil giliran untuk memberikan sepatah dua kata dan diakhiri dgn penghulu NMC yang membubarkan barisan kepimpinan NMC 2014. Selepas itu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Wakil Suruhanjaya Pilihanraya NMC 2014, Dr. Mohd Fadly telah mengumumkan keputusan undian yang telah dijalankan. Nama-nama yang telah terpilih untuk mengisi kekosongan AJK NMC 2015 adalah: Penghulu: Dr. Abdul Kareem Timb. Penghulu: Shahrizal Norwawi Setiausaha: Fahmi Yunus Bendahari: Jefri AJK: Hafiz Baharuddin, Mohd Anas, Fazrul Haizam & Fitri Haris AJK Helwa: Puan Bazlin & Puan Norzaiha Tahniah kepada semua yang telah terpilih. Selepas itu, para hadirin mendengar sedikit ucapan daripada Timbalan Penghulu NMC, saudara Shahrizal (Dr. Abdul Kareem tidak dapat hadir atas urusan keluarga di luar Nottingham). Seperti yang telah dipersetujui, bermula dari tahun 2015, NMC akan memulakan kutipan yuran secara tahunan. Oleh yang sedemikian, para AJK NMC 2014 telah mengambil inisiatif untuk memulakan kutipan di kalangan ajk sebagai contoh kepada yang lain. Borang dan yuran tahunan tersebut telah disampaikan oleh bendahari NMC 2014, saudara Muhammad Asyran kepada bendahari NMC 2015, saudara Jefri. Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK NMC 2014 oleh Timbalan Penghulu NMC, saudara Shahrizal Norwawi. Selepas itu, para warga NMC berkumpul untuk sesi bergambar/fotografi sebelum sama-sama menikmati jamuan makan tengahari. Majlis berakhir kira-kira pukul 1.00 tengahari dengan solat Zuhur berjemaah dan kemudian bersurai. Ahli Jawatankuasa NMC 2014 ingin merakamkam ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC yang selama ini menyokong kami dalam melancarkan setiap program yang dijalankan. Kami ingin meminta maaf atas segala salah silap sepanjang memimpin NMC untuk tahun ini. Kepada AJK NMC 2015 yang baru dilantik, kami ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya kepada anda semua. Semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan kita semua semakin erat dan subur. Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Selasa 25 November 2014, telah diadakan sesi Pengisian Ilmu (PI) anjuran Biro Kerohanian NMC bertempat di rumah saudara Shah Norwawi. Sesi yang bermula pada pukul 8 malam tersebut mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga lelaki NMC. Sesi dimulakan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh saudari Harris Arisyi yang mengulas mengenai konsep 'Nasihat' dalam Islam. Antara intipati perkongsian beliau ialah bagaimana pentingnya ingat-mengingati di antara satu sama lain, cara-cara memberi nasihat yang berkesan dan bagaimana sikap yang patut diamalkan oleh orang yang memberi dan menerima nasihat. Selepas itu, acara diteruskan dengan sesi taaruf oleh ahli-ahli NMC yang baru tiba di bumi Nottingham. Para warga baru mengambil giliran memperkenalkan diri masing-masing. Selesai taaruf, para warga yang hadir berbincang mengenai beberapa topik bebas dan kemuncak acara ialah sedikit jamuan minum malam yang disediakan secara 'potluck' oleh warga NMC yang hadir. Semoga para warga NMC yang hadir mendapat manfaat daripada sesi PI pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi pada sesi PI yang seterusnya. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena keberangkatan pulang salah seorang ikon sukan NMC, saudara Azam Mohd Said dan keluarga ke tanahair tidak lama lagi, NMC telah menganjurkan sesi sepaktakraw dan badminton kali terakhir bersama beliau. Acara tersebut telah berlangsung di Dewan Noel Street pada Khamis 13 November 2014 (sepaktakraw) dan Khamis 20 November 2014 (badminton). Kedua-dua acara tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga lelaki NMC yang datang untuk sama-sama bermain dan beramah mesra. Pihak NMC ingin mengucapkan selamat berangkat pulang dan selamat maju jaya kepada Azam sekeluarga. Semoga kita sama-sama dapat bersukan lagi di tanahair nanti. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pihak NMC ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasangan suami isteri: Mohd Hafiz Baharuddin dan Nur Mustakiza kerana telah berjaya mengharumkan nama NMC atas kejayaan menggondol pingat emas dalam acara bergu campuran Badminton sempena Leeds Malaysian Singapore Society (MASSoc)Games 2014 pada hari Sabtu 8 November 2014 yang lalu. Kejohanan yang mendapat penyertaan daripada pelajar Malaysia di seluruh United Kingdom itu merangkumi sukan-sukan lain seperti Futsal, Bola Keranjang dan Frisbee. Acara bergu campuran badminton yang berlangsung di The Edge Sports Complex, University of Leeds tersebut bermula kira-kira pukul 10 pagi dan pasangan Hafiz & Mustakiza telah berjaya melepasi peringkat suku akhir dan separuh akhir dengan kemenangan ‘straight set’. Dalam perlawanan akhir, wakil NMC ini telah bertemu dengan pasangan tuan rumah dan akhirnya kemenangan berpihak kepada Hafiz & Mustakiza juga dengan keputusan ‘straight set’ 21-12, 21-14. Selain itu, para pemain badminton undergraduates daripada Nottingham Malaysia Society (NMS) juga telah berjaya membawa pulang satu pingat emas dan perak dalam acara bergu lelaki; dan pingat gangsa melalui acara perseorangan lelaki. Kami daripada pihak NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hafiz & Mustakiza atas kejayaan yang amat membanggakan ini. Semoga lebih ramai wakil daripada NMC yang bakal menyinar dalam kejohanan-kejohanan luar yang akan datang. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari Ahad 9 November 2014, telah diadakan acara terakhir NMC Games 2014 iaitu Tennis lelaki. Oleh kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan, acara yang pada mulanya dirancang di buat di gelanggang tennis Jubilee Campus terpaksa ditukarkan ke dewan Noel Street dan dimainkan secara ‘indoor’. Perlawanan yang dibuat secara santai itu juga menarik ramai penonton daripada warga NMC. Bergu pertama dimulakan sebaik sahaja gelanggang disediakan. NMC Tigers menurunkan saudara Hilmi dan Pak Din manakala NMC Lions pula membariskan saudara Azam dan Haji Azlan. Setiap pasukan bermain dangan agak berhati-hati memandangkan keadaan dewan yang agak terhad dan kawasan penonton yang agak hampir dengan gelanggang. Namun ia tidak menghalang para pemain untuk mempamerkan aksi-aksi yang menarik. Perlawanan yang sengit itu berlanjutan sehingga ke ‘rubber set’. Namun oleh kerana masa yang agak terhad, para pemain memberi laluan kepada pemain yang sepatutnya bermain untuk bergu kedua untuk meneruskan aksi set terakhir dan secara langsung hanya satu perlawanan sahaja diadakan pada malam tersebut. Pada set ketiga, NMC Tigers menurunkan saudara Arman dan saudara Saadon, manakala NMC Lions membariskan saudara Harizal dan saudara Helmi Ali. Keputusan penuh perlawanan: NMC Tigers telah menang dengan mata 6-3, 1-6 dan 6-1. Seusai perlawanan, pengerusi pengelola NMC Games 2014 telah dengan rasminya membubarkan kedua-dua pasukan: NMC Tigers dan NMC Lions. Selepas itu, semua warga NMC yang hadir telah sama-sama berselawat dan bersalam-salaman sebagai simbolik berakhirnya saingan NMC Games 2014. Sebelum bersurai, para hadirin bersama-sama menikmati sedikit jamuan yang disediakan secara ‘potluck’ dan secara rasminya NMC Games 2014 telah melabuhkan tirainya. Pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam melicinkan perjalanan setiap acara. Penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC kerana sudi meluangkan masa mengambil bahagian dan memeriahkan setiap acara sepanjang NMC Games berlangsung.
Semoga kita berjumpa lagi pada kejohanan NMC Games 2015!! Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari sabtu 8 November 2014, telah berlangsung perlawanan Bowling sempena NMC Games 2014. Perlawanan yang berlangsung di MFA Bowl Nottingham City Centre itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai hampir 40 warga NMC mengambil bahagian mewakili pasukan masing-masing: NMC Tiger dan NMC Lions. Perlawanan bermula kira-kira pukul 12.45pm, dan dijalankan dalam format 2 game seorang. 10 lanes telah ditempah dan seramai 3-4 pemain ditempatkan pada setiap lane. Mata keseluruhan pasukan dikira dan diambil daripada 8 pemain yang mendapat mata tertinggi daripada setiap pasukan (4 lelaki & 4 wanita). Para pemain telah mempamerkan kemahiran masing-masing dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan: NMC Tigers: 1876 mata NMC Lions: 1728 mata Dengan itu, NMC Tigers telah diumumkan sebagai pemenang dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan NMC Games 2014. Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan juga kepada semua yang sudi hadir untuk memeriahkan acara Bowling pada hari tersebut. Semoga berjumpa lagi pada acara seterusnya. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |