Sheffield Malaysian Games (SMG) telah berlangsung pada 21 Februari 2015 bertempat di King Edward & Tapton Secondary School, Sheffield. Pelbagai acara sukan dipertandingkan dan pasukan NMC yang diwakili oleh Hafiz dan Suvik telah menyertai acara Beregu Badminton Lelaki. Pasangan beregu ini berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk meneruskan cabaran di peringkat kalah mati. Walaubagaimanapun cabaran mereka berakhir di pusingan suku akhir setelah ditewaskan oleh beregu dari Warwick University. Tahniah diucapkan di atas semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pasukan NMC ini.
Selain itu warga NMC juga tidak melepaskan peluang untuk berniaga juadah masakan istimewa kepada pemain-pemain dan pelawat-pelawat di SMG 2015. Laporan oleh Mohd Hafiz Baharuddin
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |