Pada 7 Mac 2015, telah berlangsungnya Manchester Malaysian Games 2015 di Trinity Sport Centre, Manchester. Pada acara sukan ini, NMS telah menghantar pasukan bola tampar campuran (lelaki dan wanita) yang diketuai oleh saudara Nazrin Ibrahim. Beberapa pemain daripada NMC telah dijemput untuk menyertai pasukan NMS tersebut.
Setelah melalui peringkat kumpulan yang agak mencabar, mereka telah layak ke peringkat seterusnya dan akhirnya pasukan bola tampar ini telah berjaya meraih tempat ke tiga sekaligus membawa pulang pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang telah memberi komitmen yang tinggi sepanjang sesi latihan dan telah berjaya mengharumkan lagi nama NMS dan NMC. Laporan oleh Mohd Hafiz Baharuddin
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |