0 Comments
Kelas bagi sesi pertama diadakan pada 22/5/2015 (Jumaat) dan sesi kedua diadakan pada 27/5/2015 (Rabu) bertempat di rumah Puan Nur Adila sendiri. Terima kasih kepada tuan rumah yang sangat bermurah hati menghidangkan juadah dan minum pagi sebelum kelas bermula. Kelas dimulakan dengan memberi sedikit penerangan tentang bahan-bahan yang diperlukan. Kemudian Puan Mafahirah menunujukkan kaedah membuat roti bermula dari cara menguli, mengadun dan membentuk doh secara berperingkat. Semua peserta kelihatan bersemangat untuk membentuk doh dan pelbagai gelagat melucukan dapat dilihat sepanjang proses membentuk doh. Namun masing-masing kelihatan berpuas hati dengan hasil tangan masing-masing.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu ( 5.12.2015 ), warga NMC telah berkerjasama bagi upacara gotong-royong mengangkut barang-barang saudara Ammar Abd Rahman di kediaman beliau. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang terlibat, bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Warga NMC ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara Ammar dan keluarga sekembalinya ke Malaysia. Terima kasih. Pada hari Sabtu, 21 November yang lepas, telah diadakan Majlis Penghargaan yang bertempat di Radford Primary Academy. Majlis ini bertujuan menghargai perkhidmatan AJK NMC tahun ini selain meneruskan tradisi sebelum ini iaitu menyerahkan watikah kepada saf kepimpinan yang baru. Selain itu majlis ini turut melibatkan penyampaiaan hadiah kepada pemai-pemain yang terlibat dalam NMC games dan Nottingham Malaysian Games baru-baru ini. Keputusan Pilihanraya Umum NMC dan gambar-gambar ketika majlis berlangsung turut disertakan dalam laporan ini. Terima Kasih kepada semua warga NMC yang menyokong AJK sepanjang penggal ini dan semoga berjaya untuk AJK baru yang dilantik baru-baru ini.
Laporan terakhir AJK IT 2015, Mohd Anas Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Nottingham Malaysian Community (NMC) melalui Himmah Charity group telah berkerjsama dengan Jewish Charity Group dan Christian Charity Group untuk menganjurkan program soup kitchen (program memberi makanan kepada orng miskin) pada 7 oktober depan (rabu). Ini merupakan kali pertama NMC menganjurkan program kebajikan seperti ini. Program ini berjaya menarik pelbagai lapis masyarakat yang kurang berkemampuan di Nottingham UK supaya dapat membantu mereka disamping berkongsi pengalaman dikalangan mereka. Semoga kerjasama seperti ini dapat dipertingkatkan dimasa akan datang. Sekian, Mohd Anas Bin Mohd Sabri kredit: Fahmi Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada rakan-rakan setanah air.
Setelah hampir setahun menabur bakti, Maka tibalah masa kami mengundur diri, Jemputan dihantar mewakili kami, Silakan semua hadirkan diri. AJK-AJK Eksekutif NMC menjemput semua warga NMC untuk menghadirkan diri ke Majlis Seikhlas Hati Sekalung Budi NMC yang akan dilangsungkan di: Tempat: Radford Academy, NG7 3FL Masa: 12.30 pm- 3.15 pm Tarikh: 21hb November 2015 (sabtu) Ayuh Hadirkan Diri! AJK-AJK Eksekutif NMC. Assalamualaikum dan salam sejahtera warga NMC semua.
Syukur kepada tuhan, kita sudah hampir sampai ke hujung tahun NMC sesi 2014/15. Justeru mandat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) NMC sesi 2014/15 juga akan berakhir. Sebagai persediaan untuk transisi ke tahun baru NMC sesi 2015/2016, pemilihan barisan baru EXCO NMC untuk sesi tersebut akan diadakan, sepertimana amalan biasa tahun-tahun sebelum ini. Maka dengan ini, saya sebagai wakil EXCO NMC sesi 2014/15, dengan rasminya mengumumkan bahawa Pilihanraya NMC 2015 akan berjalan mengikut butiran dan peraturan dibawah.
ii) Timbalan Penghulu (l) iii) Timbalan Penghulu II merangkap Ahli JK Hal Ehwal Wanita I (wanita(w)) iv) Setiausaha (l&w) v) Bendahari dan Keahlian (l&w) vi) Ahli JK Sukan (l) vii) Ahli JK Kerohanian dan Kemajuan Diri (l) viii) Ahli JK Kebajikan dan Penempatan I (l) ix) Ahli JK Kebajikan dan Penempatan II (l) x) Ahli JK IT, Teknikal dan Aset (l&w) xi) Ahli JK Hal Ehwal Wanita II (w) 4. Maklumat lanjut berkenaan tatacara, perjalanan dan peraturan Pilihanraya NMC sesi 2014/15 adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran A (https://docs.google.com/document/d/1sG62nT0v1yGLQcM6d43lYByVGGhTsYRyDAWMJ0jRcC8/edit?usp=sharing) dan B (https://docs.google.com/document/d/1VV-Or_THfEHu8iATLJPJuu6pXcjsZggXerj4VK9AwNw/edit?usp=sharing). Di sini saya ingin tekankan PRU dianjurkan oleh EXCO NMC dengan keinginan untuk mencapai imbangan terbaik antara keperluan proses pengundian sedemoktratik yang mungkin (berdasarkan kepada had kemampuan EXCO NMC), dan keperluan mendapatkan calon yang mampu menjalankan tugas untuk manfaat warga NMC secara keseluruhannya. Ayuh, jalankan tanggungjawab kita semua. Setiap undi anda sangat bernilai. Undilah calon yang tuan-tuan dan puan-puan rasa dapat memberi komitmen yang tinggi dalam tanggungjawab beliau sebagai ahli exco NMC. Undilah demi masa depan masyarakat Malaysia di Nottingham kita yang lebih gemilang. Selamat mengundi. JOM UNDI UNTUK NMC! SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA! Sekian, terima kasih. Yang benar, Abdul-Kareem Abdul-Rahman Penghulu NMC sesi 2014/’15
Majlis Merdeka Raya 2015 ialah gabungan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia dan Sambutan Hari Raya Haji pada tahun ini. Majlis ini telah diadakan di Radford Primary School pada 27 September 2015. Majlis ini dijayakan dengan kerjasama NMC. Nottingham Malaysian Society (NMS) dan Kelab Umno Nottingham (KUN).Pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti nyanyian nasyid kanak-kanak, kuiz kilat, mencari harta karun, pertandingan mewarna dan permainan rakyat. Majlis ini diserikan oleh wakil EM di Midlands, En Taufik. Berikut adalah gambar-gambar ketika majlis berlangsung. Karnival sukan NMC 2015 telah dianjurkan dengan jayanya baru-baru ini. Antara sukan yang disertai oleh warga NMC adalah Futsal wanita (16 okt) badminton lelaki dan wanita (17 okt), bola tampar lelaki dan wanita (17 okt), bola sepak lelaki (18 okt), Sukaneka keluarga (18 okt) dan bowling (18 okt). Manakala sukan golf akan ditentukan tarikhnya kemudian. Berikut adalah keputusan pemenang dan gambar-gambar yang sempat dirakam Futsal wanita Perlawanan mendebarkan sehingga berlanjutan ke masa tambahan menyaksikan pasukan yg diketuai oleh Thara menumpaskan pasukan lawan dengan 1-0. Senarai Pemenang Futsal Wanita 1. Alia 2. Shira 3. Suhaida 4. Nurliyana 5. Nurain 6. Hamidah 7. Thara (team captain) Badminton Juara Lelaki: Hafiz dan KN Tempat Kedua Lelaki: Suvik dan Wan Tempat Ketiga Lelaki: Sani dan Pejo Juara Wanita : Xera dan Bazlin Naib Juara Wanita: Thara dan Yana Tempat ketiga: Rozita dan Suhaida Bola Tampar Kategori Wanita: Juara: Team Urwah Naib Juara: Team Xera Kategori Lelaki: Juara: Team Adnan Naib Juara: Team Harris Ketiga: Team Sani Bola Sepak Pasukan Khalil (bib merah) telah menewaskan pasukan KN (bib kuning) dengan keputusan 5-4 pada masa tambahan. Sukaneka To be listed Bowling wanita
Johan: Izah Naib Johan : Zera Tempat Ketiga: Nur Liyana Lane Paling Hevoc: Lane Izah ( Izah, Dzu, Thara,Elyani ) Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari Ahad (24/5/2015), pihak HELWA telah mengadakan majlis Silaturrahim bertempat di Dunkirk Community Centre. Majlis tersebut bermula pada pukul 2.30 petang. Antara agenda majlis tersebut adalah Usrah bertajuk ‘Puasa Musim Panas’, diikuti bacaan doa selamat untuk ahli HELWA yang bakal pulang ke tanah air. Majlis diteruskan dengan pertandingan kuih –muih dengan tema ‘Juadah Berbuka Popular’ seterusnya jamuan ringkas dan sesi beramah mesra.
Pada hari Sabtu (25 Julai 2015) bertempat di Radford Primary School, pihak NMC telah menganjurkan majlis sambutan hari raya aidilfitri bagi seluruh warga malaysia di Nottingham. Majlis ini bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran wakil dari Education Malaysia (EM), iaitu En. Taufik. Majlis yang bertema 'Raikan Syawal' ini dipenuhi dengan aktiviti-aktivit menarik seperti persembahan lagu raya, photo booth dan pertandingan menganyam ketupat. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam ketika majlis berlangsung. Terima Kasih.
Laporan dari Mohd Anas Pada 27 Jun 2015 yang lalu telah diadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk NMC yang diketuai oleh saudara Jeffri dan Hafiz Abu Hassan. Aktiviti ini telah disertai oleh ramai warga NMC yang bermula pada pukul 3.30 petang dan diakhiri dengan pembahagian bubur lambuk ke setiap rumah warga NMC di Nottingham sehingga waktu berbuka puasa. Terima Kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan aktiviti ini.
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Pada 20 Jun 2015 telah diadakan sambutan majlis berbuka puasa dan solat sunat terawikh bagi semua warga Malaysia di Nottingham. Majlis dilangsungkan di Jubilee campus. University of Nottingham bermula pada pukul 8.30 malam dan diakhiri dengan juadah moreh pada pukul 12.00 malam. Pihak NMC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Nottingham yang hadir pada majlis ini. Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (20/6/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang Dr Radzuan Ab Rashid di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Radzuan (wan) dan keluarga telah kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Tidak ketinggalan NMC ingin mengucapkan jutaan tahniah kerana memperoleh doktor falsafah (Dr) baru-baru ini. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (13/6/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En Harizal Senik & Suvik Phutmanee di kediaman beliau di Hyson Green & Dunkirk . Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En Harizal & En Suvik yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (6/6/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang Haji Azlan di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Haji Azlan dan keluarga yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (23/5/2015) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Khairuddin Md Isa (Pak Din) di kediaman beliau di Radford. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Pak Din dan keluarga yang telah kembali ke Malaysia. Terima kasih Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (16/5/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Dzulkifli Mukhtar di kediaman beliau Nuthall. Berbeza dengan gotong-royong mengangkut barang ke kontena sebelum ini, ahli nmc akan memindahkan barang-barang ke kediaman baru di Old Basford Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat mendiami rumah baru kepada En Dzulkifli
Walaupun dalam keadaan berjaga-jaga dengan ramalan cuaca yang berubah-ubah beberapa sebelum hari pendakian, alhamdulillah cuaca sangat cantik pada hari itu. Perjalanan cuma mengambil masa dalam dua jam setengah menyusur Curbar Edge dan Froggatt Edge termasuklah sesi bergambar di merata-rata tempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat menguatkan hubungan erat antara ahli-ahli NMC dan keluarga.
Laporan oleh: Norzaiha Norhan
Alhamdulillah, bazaar kali ini mendapat sambutan di luar dugaan. Sebanyak 12 gerai dibuka yang menawarkan juadah-juadah menarik, barang-barang 'carboot', dan juga 'charity booth'. Pengunjung yang datang terdiri daripada komuniti Malaysia di Nottingham, masyarakat setempat, dan juga mendapat perhatian pengunjung yang datang dari Manchester dan Loughborough. JazakAllahKhayr kepada semua pihak yang terlibat termasuklah para penjual, para pembeli, dan juga ahli jawatankuasa yang bertindak. Laporan oleh: Norzaiha Norhan Juadah/Gerai pada malam tersebut:Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Azlan dan Pn. Ayu Oma sekeluarga atas kelahiran cahayamata mereka yang pertama pada 2 April 2015 yang lalu. Kami daripada pihak NMC mendoakan Dr. Azlan sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Asif akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Laporan oleh: Norzaiha Norhan
Aktiviti sukan mingguan ini diadakan secara tetap di NOEL Street Leisure Centre, 245 Noel Street Nottingham, NG7 6AR dibawah pengurusan Manage Muscle. Hubungi Jiten: 0115 911 00 13 atau 0777 500 1077 apabila hendak membuat tempahan. Selain daripada badminton dan bola tampar, riadah kegemaran ahli-ahli termasuklah aktiviti renang (hanya untuk wanita). Kolam renang yang kerap dijengah adalah Djanogly Leisure Centre dan John Carrol Leisure Centre. InsyaAllah, aktiviti riadah bersama ini akan diteruskan sehingga akhir bulan Jun dan akan dihentikan buat seketika untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Laporan oleh: Norzaiha Norhan |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |