Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari sabtu 8 November 2014, telah berlangsung perlawanan Bowling sempena NMC Games 2014. Perlawanan yang berlangsung di MFA Bowl Nottingham City Centre itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai hampir 40 warga NMC mengambil bahagian mewakili pasukan masing-masing: NMC Tiger dan NMC Lions. Perlawanan bermula kira-kira pukul 12.45pm, dan dijalankan dalam format 2 game seorang. 10 lanes telah ditempah dan seramai 3-4 pemain ditempatkan pada setiap lane. Mata keseluruhan pasukan dikira dan diambil daripada 8 pemain yang mendapat mata tertinggi daripada setiap pasukan (4 lelaki & 4 wanita). Para pemain telah mempamerkan kemahiran masing-masing dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan: NMC Tigers: 1876 mata NMC Lions: 1728 mata Dengan itu, NMC Tigers telah diumumkan sebagai pemenang dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan NMC Games 2014. Pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dan juga kepada semua yang sudi hadir untuk memeriahkan acara Bowling pada hari tersebut. Semoga berjumpa lagi pada acara seterusnya.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |