Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena keberangkatan pulang salah seorang ikon sukan NMC, saudara Azam Mohd Said dan keluarga ke tanahair tidak lama lagi, NMC telah menganjurkan sesi sepaktakraw dan badminton kali terakhir bersama beliau. Acara tersebut telah berlangsung di Dewan Noel Street pada Khamis 13 November 2014 (sepaktakraw) dan Khamis 20 November 2014 (badminton). Kedua-dua acara tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga lelaki NMC yang datang untuk sama-sama bermain dan beramah mesra. Pihak NMC ingin mengucapkan selamat berangkat pulang dan selamat maju jaya kepada Azam sekeluarga. Semoga kita sama-sama dapat bersukan lagi di tanahair nanti.
1 Comment
2/7/2023 11:02:07 pm
En iyi istanbul ilan sitesi burada. https://istanbul.escorthun.com/
Reply
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |