Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pada hari Ahad 9 November 2014, telah diadakan acara terakhir NMC Games 2014 iaitu Tennis lelaki. Oleh kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan, acara yang pada mulanya dirancang di buat di gelanggang tennis Jubilee Campus terpaksa ditukarkan ke dewan Noel Street dan dimainkan secara ‘indoor’. Perlawanan yang dibuat secara santai itu juga menarik ramai penonton daripada warga NMC. Bergu pertama dimulakan sebaik sahaja gelanggang disediakan. NMC Tigers menurunkan saudara Hilmi dan Pak Din manakala NMC Lions pula membariskan saudara Azam dan Haji Azlan. Setiap pasukan bermain dangan agak berhati-hati memandangkan keadaan dewan yang agak terhad dan kawasan penonton yang agak hampir dengan gelanggang. Namun ia tidak menghalang para pemain untuk mempamerkan aksi-aksi yang menarik. Perlawanan yang sengit itu berlanjutan sehingga ke ‘rubber set’. Namun oleh kerana masa yang agak terhad, para pemain memberi laluan kepada pemain yang sepatutnya bermain untuk bergu kedua untuk meneruskan aksi set terakhir dan secara langsung hanya satu perlawanan sahaja diadakan pada malam tersebut. Pada set ketiga, NMC Tigers menurunkan saudara Arman dan saudara Saadon, manakala NMC Lions membariskan saudara Harizal dan saudara Helmi Ali. Keputusan penuh perlawanan: NMC Tigers telah menang dengan mata 6-3, 1-6 dan 6-1. Seusai perlawanan, pengerusi pengelola NMC Games 2014 telah dengan rasminya membubarkan kedua-dua pasukan: NMC Tigers dan NMC Lions. Selepas itu, semua warga NMC yang hadir telah sama-sama berselawat dan bersalam-salaman sebagai simbolik berakhirnya saingan NMC Games 2014. Sebelum bersurai, para hadirin bersama-sama menikmati sedikit jamuan yang disediakan secara ‘potluck’ dan secara rasminya NMC Games 2014 telah melabuhkan tirainya. Pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam melicinkan perjalanan setiap acara. Penganjur juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC kerana sudi meluangkan masa mengambil bahagian dan memeriahkan setiap acara sepanjang NMC Games berlangsung.
Semoga kita berjumpa lagi pada kejohanan NMC Games 2015!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |