NOTTINGHAM 7 April 2019; Acara NMC Games 2019 diteruskan pada Ahad lalu dengan acara untuk individu dan juga keluarga iaitu sukan boling. Seramai 13 peserta dewasa dan 14 peserta kanak-kanak dan remaja telah terlibat mengambil bahagian dalam acara ini. Acara dimulakan pada pukul 8.30 malam dengan sedikit taklimat dan pembahagian kumpulan. Rata-rata pemain dilihat agak berhati-hati di pusingan pertama kerana telah lama tidak berboling. ‘Ini adalah kali pertama saya bermain setelah hampir 5 tahun tidak bermain..’ kata seorang pemain. Melihat keadaan ini, Saudara Shah dilihat bijak mengambil kesempatan untuk mengungguli pusingan pertama. Walaupun dilihat sibuk mengejar anaknya yang aktif ke sana ke mari, namun ia tidak memberi tekanan dan gangguan kepada beliau untuk menghasilkan strike dan spare yang bertubi-tubi. ‘Saya pernah mewakili sekolah dalam sukan hoki dulu..’ katanya sambil tersenyum apabila ditemuramah oleh Ajk Sukan NMC. Walaupun nampak macam tiada kaitan, tapi ia dilihat antara faktor yang menyebabkan beliau mampu menghasilkan balingan yang berkualiti. Dr Kareem juga dilihat sempat untuk mengulangkaji tutorial 'How to bowl like a pro' sementara menunggu gilirannya membuat balingan. Walaubagaimanapun, tindakan yang dilihat agak last minute ini tidak mampu memberi impak yang besar kepada balingannya. ‘Next time kena study awal-awal lagi..’ katanya penuh semangat. Cukup bermotivasi untuk melakukan balingan emas di kejohanan akan datang. Anak-Anak Gembira Anak-anak NMC di pelbagai peringkat umur juga kelihatan seronok. Bukan sahaja seronom membuat lontaran malahan juga berkeja-kejaran sesama mereka walaupun sudah agak lewat malam. Ada juga yang baru kali pertama berkenalan dengan sukan boling. Paling menggembirakan pastinya apabila mereka dapat mencetak kenangan terakhir beraktiviti di Nottingham bersama Afeef, Afeeqah dan Afeeya yang bakal pulang tidak lama lagi. Pihak NMC mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir memeriahkan acara ini. Senarai lengkap markah dan pemenang bagi acara boling akan diumumkan dalam masa terdekat, InshaAllah. Bersama NMC Bangunkan Komuniti
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |