Assalamualaikum & salam sejahtera,
Sehubungan dengan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, pihak NMC akan menganjurkan Majlis Sambutan Aidiladha NMC 2014/1435H pada hari Sabtu 11 Oktober 2014. Butiran adalah seperti berikut: Tarikh: 11 Oktober 2014 Masa: 10:00 pagi - 1:00 tengahari Tempat: Radford Primary School, Denman Street West, Nottingham NG7 3FL Tentatif program: 9:30 pagi: Ketibaan para hadirin & hadirat 10:00 pagi: Bacaan doa & ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis 10:15 pagi: Ucapan oleh Penghulu NMC 10:20 pagi: Ucapan wakil Education Malaysia 10:30 pagi: Jamuan (terus berjalan semasa persembahan diadakan) 11:00 pagi: Persembahan oleh warga NMC 11:30 pagi: Sesi perkenalan warga baru NMC 1:00 tengahari: Majlis bersurai Kami daripada pihak NMC dengan berbesar hati menjemput semua sahabat-sahabat warga Malaysia yang berada di bumi Nottingham agar dapat sama-sama hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Jumpa anda semua di sana!!!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |