Nottingham, 23 Feb: Seramai 13 penjual telah bersama-sama menjayakan acara Pasar Malam NMC dengan pelbagai jenis juadah untuk warga Malaysia dan juga orang luar yang ingin menikmati kelazatan masakan dari Malaysia tempoh hari. Pilihan makanan. air minuman dan kuih-muih yang pelbagai ini juga menyaksikan Dunkirk Community Centre dipenuhi oleh pengunjung seawal pukul 6 petang lagi.
Walaupun terpaksa bersesak untuk membeli makanan, para pengunjung nyata gembira dan berpuas hati. Susana seperti ini juga semestinya mengembalikan nostalgia pasar malam di tanah air Malaysia. Pasar malam seterusnya akan berlangsung pada 16 Mac 2019. Jangan lupa untuk menanda diari anda. Jumpa di sana!
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |