Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 14 Jun 2014, telah diadakan Mega Nottingham Malaysian Family Day bertempat di Radford Primary School Nottingham. Acara tersebut adalah hasil kerjasama antara Nottingham Malaysian Community (NMC), Nottingham Malaysian Society (NMS), Nottingham Trent University Malaysian Society (NTUMS), Kelab UMNO Nottingham (KUN) dan Education Malaysia. Majlis tahunan tersebut telah dihadiri oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu Hj Mohd Nor, Pengarah Education Malaysia UK & Ireland, dan En. Taufik Ahmad, Education Attache Education Malaysia untuk Midlands UK. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program dan program dirasmikan oleh Assoc. Prof. Dr. Mohad Anizu. Majlis diteruskan dengan satu sesi ceramah ringkas mengenai seni fotografi oleh saudara Zulhelmy (Ming) dan kemudian disusuli dengan pertunjukan fesyen oleh anak-anak ahli NMC. Pelbagai ragam dan fesyen telah dipertontonkan dan akhirnya gelaran juara diraih oleh anak saudara Arman dengan tema Lego-man. Majlis selepas itu diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Pakli and the gang. Majlis diteruskan dengan acara sukaneka untuk golongan dewasa dan kanak-kanak. Pada masa yang sama, para hadirin juga menjamu selera dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh chef-chef NMC sendiri. Kambing dan ayam barbeque juga disediakan untuk para pengunjung. Majlis sukaneka telah mendapat sambutan yang hangat, dan acara tersebut juga disertai oleh Assoc. Prof. Dr. Anizu dan En. Taufik sendiri. Pada pukul 3.00 petang, majlis penyampaian hadiah dan penutup telah diadakan. Kami dari pihak NMC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Assoc. Prof. Dr. Anizu, En. Taufik, pihak penganjur dan semua ahli NMC yang sama-sama hadir memeriahkan acara tersebut. Semoga acara tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |