Assalamualaikum dan Salam Hormat.
Nottingham Malaysian Community (NMC) melalui Himmah Charity group telah berkerjsama dengan Jewish Charity Group dan Christian Charity Group untuk menganjurkan program soup kitchen (program memberi makanan kepada orng miskin) pada 7 oktober depan (rabu). Ini merupakan kali pertama NMC menganjurkan program kebajikan seperti ini. Program ini berjaya menarik pelbagai lapis masyarakat yang kurang berkemampuan di Nottingham UK supaya dapat membantu mereka disamping berkongsi pengalaman dikalangan mereka. Semoga kerjasama seperti ini dapat dipertingkatkan dimasa akan datang. Sekian, Mohd Anas Bin Mohd Sabri kredit: Fahmi
0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada rakan-rakan setanah air.
Setelah hampir setahun menabur bakti, Maka tibalah masa kami mengundur diri, Jemputan dihantar mewakili kami, Silakan semua hadirkan diri. AJK-AJK Eksekutif NMC menjemput semua warga NMC untuk menghadirkan diri ke Majlis Seikhlas Hati Sekalung Budi NMC yang akan dilangsungkan di: Tempat: Radford Academy, NG7 3FL Masa: 12.30 pm- 3.15 pm Tarikh: 21hb November 2015 (sabtu) Ayuh Hadirkan Diri! AJK-AJK Eksekutif NMC. Assalamualaikum dan salam sejahtera warga NMC semua.
Syukur kepada tuhan, kita sudah hampir sampai ke hujung tahun NMC sesi 2014/15. Justeru mandat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) NMC sesi 2014/15 juga akan berakhir. Sebagai persediaan untuk transisi ke tahun baru NMC sesi 2015/2016, pemilihan barisan baru EXCO NMC untuk sesi tersebut akan diadakan, sepertimana amalan biasa tahun-tahun sebelum ini. Maka dengan ini, saya sebagai wakil EXCO NMC sesi 2014/15, dengan rasminya mengumumkan bahawa Pilihanraya NMC 2015 akan berjalan mengikut butiran dan peraturan dibawah.
ii) Timbalan Penghulu (l) iii) Timbalan Penghulu II merangkap Ahli JK Hal Ehwal Wanita I (wanita(w)) iv) Setiausaha (l&w) v) Bendahari dan Keahlian (l&w) vi) Ahli JK Sukan (l) vii) Ahli JK Kerohanian dan Kemajuan Diri (l) viii) Ahli JK Kebajikan dan Penempatan I (l) ix) Ahli JK Kebajikan dan Penempatan II (l) x) Ahli JK IT, Teknikal dan Aset (l&w) xi) Ahli JK Hal Ehwal Wanita II (w) 4. Maklumat lanjut berkenaan tatacara, perjalanan dan peraturan Pilihanraya NMC sesi 2014/15 adalah seperti yang dinyatakan dalam lampiran A (https://docs.google.com/document/d/1sG62nT0v1yGLQcM6d43lYByVGGhTsYRyDAWMJ0jRcC8/edit?usp=sharing) dan B (https://docs.google.com/document/d/1VV-Or_THfEHu8iATLJPJuu6pXcjsZggXerj4VK9AwNw/edit?usp=sharing). Di sini saya ingin tekankan PRU dianjurkan oleh EXCO NMC dengan keinginan untuk mencapai imbangan terbaik antara keperluan proses pengundian sedemoktratik yang mungkin (berdasarkan kepada had kemampuan EXCO NMC), dan keperluan mendapatkan calon yang mampu menjalankan tugas untuk manfaat warga NMC secara keseluruhannya. Ayuh, jalankan tanggungjawab kita semua. Setiap undi anda sangat bernilai. Undilah calon yang tuan-tuan dan puan-puan rasa dapat memberi komitmen yang tinggi dalam tanggungjawab beliau sebagai ahli exco NMC. Undilah demi masa depan masyarakat Malaysia di Nottingham kita yang lebih gemilang. Selamat mengundi. JOM UNDI UNTUK NMC! SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA! Sekian, terima kasih. Yang benar, Abdul-Kareem Abdul-Rahman Penghulu NMC sesi 2014/’15 |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |