Majlis Konvokesyen University of Nottingham: Tahniah kepada Pn Dana Wazani,En. Zulhelmy & Pn Hafiza15/12/2014 Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Pihak NMC dan seluruh warga komuniti malaysia di Nottingham ingin merakamkan ucapaan jutaan tahniah kepada Pn Dana Wazani, En Zulhelmy Hishamuddin (Ming) dan Pn Hafiza Mustakim atas kejayaan mendapatkan ijazah dalam peringkat sarjana (masters) dalam bidang masing-masing. Saudari Dana bergraduasi pada 9/12/2014 manakala saudara Zulhelmy dan saudari Hafiza pada 12/12/2014. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan yang akan di kecapi kelak. Selamat maju jaya.
0 Comments
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Pada hari sabtu (13/12/2014) telah berlangsung upacara gotong royong mengangkut barang-barang En. Ir. Azam Mohd Said di kediaman beliau di Forest Field. Pihak NMC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga NMC yang bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. Pihak NMC juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada En Azam dan keluarga yang akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Terima kasih Assalamuaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Disini disertakan senarai terkini ahli jawatankuasa NMC 2015 berdasarkan keputusan pilihan raya yang diadakan baru-baru ini Penghulu: Dr. Abdul-Kareem Abdul-Rahman Naib Penghulu: Shahrizal Norwawi Setiausaha: Muhamad Fahmi Yunus Bendahari: Mohd Jefri Abd Rahman Ahli jawatankuasa: -Kebajikan dan Penempatan: Fazrul Haizam Abdullah -Sukan dan Acara: Mohd Hafiz Baharuddin -IT dan Teknikal: Mohd Anas Mohd Sabri -Kerohanian dan Kemajuan Diri: Mohamad Fitri Mohamad Haris -Hal Ehwal Wanita (Helwa)1: Bazlin Mohd Arshad -Hal Ehwal Wanita (Helwa)2: Norzaiha Norhan Semoga saf kepimpinan terbaru ini dapat meneruskan kesinambungan gerak kerja pemimpin-pemimpin yang terdahulu. Sekian, terima kasih Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Ahad, 7 Disember 2014 telah diadakan Majlis Penghargaan NMC Games 2014 & Pelantikan Ahli Jawatankuasa NMC 2015. Majlis yang berlangsung di dewan Radford Primary School tersebut mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada warga NMC. Pengerusi majlis pada kali ini ialah saudara Wan Suhaimizan. Majlis dimulakan kira-kira pukul 10.30 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan kemudian bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Mohd Hafiz Abu Hassan. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh penghulu NMC 2014, Dr. Mohd Fadly. Selesai ucapan, acara diteruskan dengan penyampaian hadiah cenderamata NMC Games 2014 kepada semua ahli NMC yang terlibat dalam setiap acara sukan, pengadil jemputan dan urusetia untuk sesetengah acara yang telah berlangsung. Pada masa yang sama, NMC juga menghargai jasa dan pengorbanan para warga Helwa yang bertungkus-lumus menyediakan juadah untuk setiap acara anjuran NMC dengan penyampaian Sijil Penghargaan Helwa kepada yang terlibat. Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh penghulu NMC, Dr. Mohd Fadly dan AJK Helwa NMC, Puan Nurain Saiful. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan sesi pelancaran Jersi NMC yang baru. Jersi-jersi tersebut telah disumbangkan oleh salah seorang warga NMC, sebanyak 14 helai kesemuanya. Set jersi tersebut akan menjadi milik NMC dan boleh dipakai untuk setiap acara sukan yang melibatkan warga NMC, baik lelaki mahupun wanita. Jersi-jersi tersebut akan disimpan oleh AJK Sukan NMC dan setiap kapten pasukan boleh mendapatkanya daripada beliau dan memulangkan semula selepas digunakan. Model pelancaran jersi pada majlis tersebut ialah saudara Nazman (bolasepak), saudara Jefri (sepaktakraw), Puan Adila (badminton) dan Puan Elissa (bola tampar) yang menggayakan jersi tersebut untuk diperkenalkan kepada semua warga NMC. Selesai sesi tersebut, majlis disambung dengan acara penyampaian hadiah perpisahan kepada Keluarga saudara Nazib & Puan Dana dan saudara Azam & Puan Latifah (keluarga Zulhelmy & Fiza tidak dapat hadir). Selamat berangkat pulang ke tanahair kepada mereka semua. Selepas itu, majlis diteruskan dengan acara pembubaran AJK NMC 2014. Setiap AJK NMC 2014 telah mengambil giliran untuk memberikan sepatah dua kata dan diakhiri dgn penghulu NMC yang membubarkan barisan kepimpinan NMC 2014. Selepas itu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Wakil Suruhanjaya Pilihanraya NMC 2014, Dr. Mohd Fadly telah mengumumkan keputusan undian yang telah dijalankan. Nama-nama yang telah terpilih untuk mengisi kekosongan AJK NMC 2015 adalah: Penghulu: Dr. Abdul Kareem Timb. Penghulu: Shahrizal Norwawi Setiausaha: Fahmi Yunus Bendahari: Jefri AJK: Hafiz Baharuddin, Mohd Anas, Fazrul Haizam & Fitri Haris AJK Helwa: Puan Bazlin & Puan Norzaiha Tahniah kepada semua yang telah terpilih. Selepas itu, para hadirin mendengar sedikit ucapan daripada Timbalan Penghulu NMC, saudara Shahrizal (Dr. Abdul Kareem tidak dapat hadir atas urusan keluarga di luar Nottingham). Seperti yang telah dipersetujui, bermula dari tahun 2015, NMC akan memulakan kutipan yuran secara tahunan. Oleh yang sedemikian, para AJK NMC 2014 telah mengambil inisiatif untuk memulakan kutipan di kalangan ajk sebagai contoh kepada yang lain. Borang dan yuran tahunan tersebut telah disampaikan oleh bendahari NMC 2014, saudara Muhammad Asyran kepada bendahari NMC 2015, saudara Jefri. Selepas itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua AJK NMC 2014 oleh Timbalan Penghulu NMC, saudara Shahrizal Norwawi. Selepas itu, para warga NMC berkumpul untuk sesi bergambar/fotografi sebelum sama-sama menikmati jamuan makan tengahari. Majlis berakhir kira-kira pukul 1.00 tengahari dengan solat Zuhur berjemaah dan kemudian bersurai. Ahli Jawatankuasa NMC 2014 ingin merakamkam ucapan jutaan terima kasih kepada semua warga NMC yang selama ini menyokong kami dalam melancarkan setiap program yang dijalankan. Kami ingin meminta maaf atas segala salah silap sepanjang memimpin NMC untuk tahun ini. Kepada AJK NMC 2015 yang baru dilantik, kami ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya kepada anda semua. Semoga ukhuwah yang terjalin di kalangan kita semua semakin erat dan subur. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |