Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah , Pada 2 Mac 2014 telah diadakan Perjumpaan Helwa untuk sesi 2014/ 2015 yang pertama di rumah Puan Hamidah. Antara program-program yang dijalankan ialah solat berjemaah, sesi taaruf untuk warga Helwa yang baru dan perbincangan mengenai aktiviti yang bakal dianjurkan oleh Helwa. Adik Siti Fatimah Mokhtar turut memberi sedikit ulangkaji tentang pelajaran tajwid bagi meningkatkan kemahiran membaca Al-Quran dikalangan peserta. Sesi kemudian diteruskan dengan sesi tazkirah daripada Puan Erni Yentti dengan tajuknya "niat". Program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para muallimat, peserta yang paling awal hadir serta kepada tuan rumah. Program diakhiri dengan sesi jamuan petang dengan juadah disediakan secara pot luck. Semoga program -program ini memberi manfaat kepada para peserta dan ukhwah dapat digabungjalin diantara para peserta. Sekian Terima Kasih Gambar-gambar yang sempat diambil sekitar majlis Helwa
0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Kami warga NMC ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli baru NMC iaitu Saudara Shah, Isteri beliau Puan Norizah serta anak-anak mereka. Mereka telah selamat tiba di Nottingham pada 26 Feb 2014 yang lepas dan dibawa melawat sekitar bandar Nottingham. Tn Presiden juga mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan mereka untuk bersuai kenal dan menerangkan serba sedikit tentang NMC dan kehidupan di Nottingham ini. Diharap ukhwah dapat dibina sesama warga NMC. Sekian Terima Kasih. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |