Walaupun dalam keadaan berjaga-jaga dengan ramalan cuaca yang berubah-ubah beberapa sebelum hari pendakian, alhamdulillah cuaca sangat cantik pada hari itu. Perjalanan cuma mengambil masa dalam dua jam setengah menyusur Curbar Edge dan Froggatt Edge termasuklah sesi bergambar di merata-rata tempat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat menguatkan hubungan erat antara ahli-ahli NMC dan keluarga.
Laporan oleh: Norzaiha Norhan
0 Comments
Alhamdulillah, bazaar kali ini mendapat sambutan di luar dugaan. Sebanyak 12 gerai dibuka yang menawarkan juadah-juadah menarik, barang-barang 'carboot', dan juga 'charity booth'. Pengunjung yang datang terdiri daripada komuniti Malaysia di Nottingham, masyarakat setempat, dan juga mendapat perhatian pengunjung yang datang dari Manchester dan Loughborough. JazakAllahKhayr kepada semua pihak yang terlibat termasuklah para penjual, para pembeli, dan juga ahli jawatankuasa yang bertindak. Laporan oleh: Norzaiha Norhan Juadah/Gerai pada malam tersebut:Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Azlan dan Pn. Ayu Oma sekeluarga atas kelahiran cahayamata mereka yang pertama pada 2 April 2015 yang lalu. Kami daripada pihak NMC mendoakan Dr. Azlan sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Asif akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Laporan oleh: Norzaiha Norhan
Aktiviti sukan mingguan ini diadakan secara tetap di NOEL Street Leisure Centre, 245 Noel Street Nottingham, NG7 6AR dibawah pengurusan Manage Muscle. Hubungi Jiten: 0115 911 00 13 atau 0777 500 1077 apabila hendak membuat tempahan. Selain daripada badminton dan bola tampar, riadah kegemaran ahli-ahli termasuklah aktiviti renang (hanya untuk wanita). Kolam renang yang kerap dijengah adalah Djanogly Leisure Centre dan John Carrol Leisure Centre. InsyaAllah, aktiviti riadah bersama ini akan diteruskan sehingga akhir bulan Jun dan akan dihentikan buat seketika untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Laporan oleh: Norzaiha Norhan
HELWA ingin meminta maaf atas kejadian tersebut dan selepas post mortem telah menyenaraikan tindakan-tindakan yang akan diambil sebagai pengajaran daripada pengalaman tersebut. Pihak Dunkirk Community Centre juga meminta maaf atas kesilapan teknikal yang berlaku dan yang tidak dapat dielakkan. Lebihan masa untuk menggunakan dewan telah diberikan sebagai pampasan atas kejadian tersebut. JazakAllahKhayr kepada semua pihak yang terlibat termasuklah para penjual, para pembeli, dan juga ahli jawatankuasa yang bertindak. Laporan oleh: Norzaiha Norhan Juadah pada malam itu: |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |