Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh InsyaAllah pihak NMC akan menganjurkan IFTAR PICNIC sebagaimana berikut :- Tarikh : 28 Julai 2012 Hari : Sabtu Masa : 8.00 - 10.00 pm Tempat : Jubilee Campus, University of Nottingham (Amenities Building) Dijemput semua warga NMC/S serta NTU untuk sama-sama memeriahkan majlis ini TENTATIF PROGRAM :- 8.00 - 8.45pm : Kembara Ramadhan 8.45 - 8.55pm : Persiapan tempat 8.55 - 9.00pm : SeTeguk Tazkirah 9.00 - 9.10pm : Persiapan untuk berbuka 9.10 - 9.15pm : Berbuka dan solat Maghrib 10.00 - 10.15pm : Kemas dan bersurai
0 Comments
RAMADHAN VILLAGE NMC 2012 where rewards awaits for the pious UoR University of Ramadhan Pada : Sepanjang Ramadhan al Mubarak Anjuran : Nottingham Malaysian Community ( NMC ) Muqadimmah
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para sahabat dan mukminin. Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan, kita umat Islam diwajibkan berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra, Nuzul Quran dan lain-lain. Disamping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan Lailatul Qadar dalam salah satu malam, pahala dilipat gandakan, solat terawih dan banyak lagi. Ia juga merupakan bulan tarbiyah kepada ummat Islam. Sehubungan itu, kami pihak adhoc RAMADHAN VILLAGE NMC 2012 merangka program pentarbiyahan sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. InsyaAllah, ini menunjukkan semangat kita untuk menantikan kedatangannya. Objektif 1. Melahirkan ahli NMC yang peka dan bertanggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah dan peristiwanya. 2. Melahirkan perasaan cinta akan Ramadhan dalam diri individu seperti para mukminin. 3. Mewujudkan roh ramadhan ala masyarakat Malaysia di kalangan ahli NMC agar kita tidak lupa akan diri tanah air kita biarpun nun berjauhan tapi hati senantiasa erat bersama. 4. Menyemai semangat ukhuwwah antara ahli dengan memperbanyakkan kerja secara jamaah agar yang keruh itu di buang yang jernih itu di ambil. 5. Menjadikan ramadhan sebagai madrasah mendidik jiwa masing-masing agar mendekatkan diri kepada Allah. PROGRAM-PROGRAM Tadarus al Quran Tujuan: Menghidupkan lidah-lidah agar mebaca dan mengingati kalam suci Allah serta agar dapat memperbetulkan bacaan ahli NMC agar yang tidak baik menjadi baik, yang baik menjadi terbaik. Cara Perlaksanaannya : Diadakan setiap petang hujung minggu ( Ahad ) bermula selepas solat asar berjamaah di Masjid Madni @ Masjid Karimia dan untuk HELWA akan diadakan setiap Ahad tengah hari..Makluman lanjut akan menyusul dari Pengarah masing-masing Pengarah : >> Sdr Asbollah >> Helwa Iftar Picnic Tujuan : Merapatkan talian ukhuwwah antara ahli serta mewujudkan berbuka puasa berkelompok ala suasana kampung agar mata berjauhan hati tetap dekat di kampung halaman. Cara Perlaksaannya : Setiap family perlu menyediakan 1 hidangan iaitu 1 set lauk seperti mana anda berbuka puasa di rumah (untuk 5 orang makan). Cadangan tarikh 28/07/2012 dan tempat Uni Park @ Jublie Campus. Pengarah : >> Sdr Azlan Invite Me 4 Iftar ! Tujuan : Mengalakkan ahli NMC untuk berbuka puasa secara berJamaah especially jiran terdekat. Program ini adalah voluntary kepada ahli yang berminat sahaja. Cara Perlaksaannya : Setiap ahli bebas menjemput mana2 jiran kesayangan anda untuk berbuka puasa bersama sepanjang Ramadhan al Mubarak ini. Ketua Operasi : >> Setiap ahli Nuzul al Quran Tujuan : Mengimbau kembali sirah Nuzul al Quran dengan program ceramah, majlis berbuka puasa dan solat terawih secara berjamaah. Cara Perlaksaannya : Menjemput penceramah luar dan membahagikan ahli mengikut kariah untuk makanan majlis berbuka puasa. Solat terawih secara berjamaah juga akan diadakan pada malam yang sama. Akan diadakan pada ……….. Cadangan tempat adalah DCC @ Islamia School. Pengarah : >> Sdr Zul >> Sdr Ammar >> Helwa Gema Takbir Raya Tujuan : Mengalunkan kalimah kebesaran Allah pada malam kemenangan ummat Islam dalam menjalani sebulan ibadah berpuasa. Cara Perlaksaannya : Pasukan takbir raya akan ke rumah ahli yang mengofferkan rumah sebagai tempat persinggahan. Kabinet telah menetapkan hanya 3 rumah sahaja yang layak memohon dan permohonan siapa cepat dia dapat.1 wakil Radford City, 1 wakil Forrest Field dan 1 wakil Nuthall. Pengarah : >> Sdr Hameeth 1 Syawal Tujuan : Mewujudkan aura 1 syawal ala Malaysia dengan mengadakan khutbah hari raya berbahasa Melayu dan solat hari raya di imankan iman made in Malaysia. Cara Perlaksaannya : Menyewa dewan untuk program ini dan makanan adalah pot luck. Pengarah : >> Sdr Pak Din >> Sdr Aririe >> Helwa Tabung Untukmu Ramadhan Tujuan : Menggalakkan ahli NMC dengan budaya bersedekah lebih-lebih lagi di bulan al Mubarak ini. Di samping menanggung kos sewa dewan sempena program di bulan ramadhan. Baki akan di masukkan ke dalam akaun NMC untuk program-program lain. Cara Perlaksanaannya : Menwujudkan tabung bergerak di setiap program pada bulan ramadhan dan secara SMS, Email serta melalui FB NMC. Pengarah : >> Bendahari >> JK IT >> JK Helwa Pengumuman Rasmi Tarikh Permulaan Puasa bagi tahun 1433 H / 2012
Adalah dimaklumkan pihak Regent Mosque London sebentar tadi telah mengeluarkan pengumuman rasmi tarikh permulaan puasa bagi tahun 1433 H / 2012 adalah bermula dari JUMAAT, 20 JULAI 2012. Sehubungan itu, program-program Ihya Ramadhan juga bermula secara rasmi mulai malam ini dengan sembahyang terawikh di Dewan Utama, Education Malaysia, London. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Education Malaysia dengan ini juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pelajar dan komuniti Islam di UK. AJK NMC mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga NMC dan juga komuniti islam di bulan Ramadan ini. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sukacita dimaklumkan satu perjumpaan musim panas untuk warga NMC akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 7hb Julai 2012 (Sabtu) Masa : 1.00 pm-4.00pm Tempat : Dunkirk and Old Lenton Community Centre Montpelier Road Nottingham Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengadakan AGM NMC untuk kali yang pertama, majlis penghargaan kepada AJK NMC 2011/12 & guru-guru KAFA dan juga “Summer BBQ NMC”. Bagi tujuan AGM NMC, warga NMC hendaklah memanjangkan segala usul untuk dibincangkan selewat-lewatnya pada 3hb Julai 2012 kepada En.Arman untuk dibincangkan di dalam mesyuarat. Untuk melicinkan perjalanan majlis ini juga, beberapa jawatankuasa kecil kerja akan dibentuk untuk tujuan penyelarasan dan akan dimaklumkan kemudian nanti. Akhir sekali, AJK NMC 2012/13 sekali lagi dengan rendah diri menjemput semua warga NMC untuk dapat hadir beramai-ramai untuk menjayakan aktiviti ini. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |