Klip Video - Cara Membuat 'Cloud Dough'
Komentar Ibu-Ibu
Gambar-Gambar Aktiviti
0 Comments
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Warga NMC ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Farid dan Dr. Hazulin sekeluarga atas kelahiran puteri mereka pada 27 Disember 2014 yang lalu. Dr. Hazulin telah selamat melahirkan cahayamata mereka yang ketiga pada pukul 3.30 pagi di QMC. Kami daripada pihak NMC mendoakan Dr. Farid sekeluarga dilimpahi rezeki yang berlipat ganda. Semoga kehadiran Nur Athiyyah akan menambahkan keceriaan seisi keluarga. Tahniah sekali lagi daripada kami semua!! Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 7 Februari 2015, sesi usrah HELWA telah diadakan dengan tajuk "Semulia Akhlak Nabi" diterajui oleh Puan Asma' Abdul Aziz di teratak Puan Noraihan Mat Harun. Tajuk usrah ini dipetik daripada buku dengan tajuk yang sama oleh Amru Khalid. Antara pengisian penting yang telah dikongsi bersama adalah tentang hubung-kait ibadah dan akhlak: surah Al-Mukminun (ayat 1 - 11). 23:1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 23:2. (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, (IBADAH) 23:3. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang sia-sia, (AKHLAK) 23:4. dan orang-orang yang menunaikan zakat, (IBADAH) 23:5. dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, (AKHLAK) 23:6. kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. 23:7. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. 23:8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, (AKHLAK) 23:9. dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. (IBADAH) 23:10. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, 23:11. (yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. Terima kasih diucapkan kepada warga Helwa yang sudi meluangkan masa untuk menimba ilmu dan berkongsi idea serta pengalaman masing-masing. Semoga kita berjumpa lagi di sesi seterusnya, inshaAllah. Laporan Norzaiha Norhan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada hari Ahad (25/01/2015) telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara NMC dengan Malaysian Coventry Society (MCS) di 3G Pitch, University of Nottingham Sports Centre, University of Nottingham. Perlawanan tersebut berlangsung dari pukul 3.06 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang dan dimainkan secara 7-sebelah. NMC yang diperkuatkan dari kalangan warga NMC, NMS dan NTUMS telah di kejutkan gol pembukaan oleh MCS pada separuh masa pertama. NMC cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi di hukum oleh barisan serangan MCS yang melakukan counter-attack pantas yang berjaya menghasilkan gol ke-2. Pada separuh masa ketiga menyaksikan goal-spree terhasil dari pasukan NMC dan MCS. NMC mengusai perlawanan dengan serangan-serangan berbahaya ke pintu goal lawan namun MCS berjaya menambah 3 lagi gol untuk menjadikan kedudukan 5-0 menuju ke wisel penamat. Tetapi NMC berjaya juga menunjukan sedikit bibit kebangkitan pada 5 minit terakhir apabila membalas 2 gol pada penghujung perlawanan. Setelah wisel penamat dibunyikan, perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 5-2. Selepas perlawanan, Dr Kareem selaku penghulu NMC telah menyampaikan sedikit ucapan dan para pemain dijemput untuk menjamu pot-luck yang disediakan. Semoga perlawanan ini akan dapat diadakan secara tahunan dan dapat mengeratkan silaturahim antara NMC dan MCS. Sekian. Terima Kasih |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |