Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Malaysian Family day dengan temanya " bersama bermesra" kembali lagi pada 14 June 2014. Diharap seluruh warga Malaysia Nottingham UK dapat menghadirkan diri ke Majlis yang dianjurkan secara tahunan ini. Pelbagai acara dan program menarik disediakan seperti permainan, persembahan, forum, cabutan bertuah dan makan-makan. Diharap dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan majlis ini nanti.
0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat warga NMC. Malaysian Food Bazar merupakan antara akativiti yang dianjurkan oleh NMC bagi mendedahkan anak-anak warga NMC dengan sunnah rasullullah iaitu berniaga. Program yang kebiasaannya di buat di Dunkirk Community Center ini menyediakan berbagai lauk pauk beraneka jenis bagi memberi peluang kepada warga NMC merasai keenakan masakan Malaysia.
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Berbekalkan latihan itensif badminton selama dua minggu berturut-turut, satu perlawanan persahabatan telah diaturkan untuk warga NMC menentang Naseeb team. Pasukan NMC yang rata-rata dibarisi pemain yang mantap bersedia dengan segala kemungkinan ketika berhadapan dengan pihak lawan. Sayugia atau sayurnya menjadi topik perbincangan setelah tamat aksi persahabatan tersebut. Program diakhiri dengan jamuan berat yang disediakan oleh Saudara Azam. Antara menu termasuklah beehun goreng,teh tarik dah cucur udang. Terimakasih kepada saudara Azam di atas juadah yang lazat ini. Terimakasih juga kepada team Naseeb kerana memberi tentangan yang agak "sengit".
Pada 2 dan 9 May 2014 telah diadakan program riadah antara warga NMC iaitu acara bermain badminton dengan semangatnya. Program yang dianjurkan secara migguan ini bertujuan melibatkan warga NMC dengan aktiviti riadah untuk melahirkan warga yang sihat walafiat di samping mengeratkan ukhwah.
Pada 26 April yang lalu telah diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara kelab Malaysia Loughborough menentang pasukan NMC. Perlawanan ini telah diadakan di padang Loughborough selaku tuan rumah. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan mutu permainan yang hebat. Perlawanan yang diadakan secara tahunan secara timbal balik ini diakhiri dengan keputusan 7-3 berpihak kepada pasukan NMC. Tahniah kepada pasukan NMC di atas kejayaan ini. Di harapkan kecemerlangan ini dapat diteruskan di masa akan datang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga NMC. Program HELWA pada bulan April telah diadakan di kediaman Dr Anis selaku tuan rumah. Program telah disampaikan sendiri oleh Dr Anis dengan tajuknya Erti sabar dalam konteks Islam. Perkataan sabar banyak kali disebut dalam Al-Quran dan orang-orang yang sabar itu tergolong dalam golongan yang beriman. Majlis di akhiri denga jamuan petang. Semoga warga HELWA mendapat manfaat disamping dapat meningkatkan diri dengan pengetahuan agama yang luas ini. Terimakasih kepada Tuan rumah dan warga HELWA yang hadir.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga NMC. Program gotong-royong sempena keberangkatan pulang saudara Dr Hj Fakhizan telah diadakan pada 15 Mac 2014 di kediaman beliau. Program dimulakan dengan acara gotong- royong mengangkat barang-barang ke dalam kontena dan berakhir pada kira jam 12 tghari. Majlis disambung dengan sesi makan tengahari dengan menu utama kari kepala ikan. Kanak-kanak pula asyik bermain di tempat permainan yang disediakan oleh tuan rumah. Kami warga NMC mengucapkan selamat berangkat kepada keluarga Dr Hj Fakhizan dan keluarga dan terimakasih di atas sumbangan mereka kepada NMC ,HELWA dan KAFA sepanjang berada di bumi Nottingham ini. Semoga mereka sentiasa sukses di dalam bidang yang diceburi. Sehingga berjumpa lagi.Assalam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada 12 Mac 2014 telah diaadakan majlis solat hajat sempena kehilangan pesawat MAS MH 370. Majlis telah diimamkan oleh Tuan Pengehulu NMC iaitu Dr Fadly dan dihadiri oleh warga-warga Malaysia di Nottingham. Kami warga NMC turut melahirkan rasa takziah terhadap MAS dan keluarga mangsa. Semoga mereka tabah dalam menghadapi dugaan ini. Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh penganjur.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat warga NMC. Pada 8 Mac 2014 yang lalu telah diadakan program Pengisian Ilmu dan diadakan dikediaman Tuan Hj Azlan. Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk merapatkan hubungan ukhwah antara warga Adam NMC selain untuk berkongsi mengenai ilmu-ilmu islam. Tajuk kali ini disampaikan oleh Dr. Hj Fakhizan memandangkan ini merupakan program terakhir beliau sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Antara intipati yang disampaikan ialah Majlis-majlis ilmu merupakan taman-taman syurga. program diakhiri dengan majlis makan yang disediakan secara pot luck.
|
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |