Salam, Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dengan sukacitanya saya ingin panjangkan pengumuman daripada London Central Mosque (LCM) bahawa Hari Raya Aidilfitri telah ditetapkan pada 19hb Ogos 2012 (Ahad). sekian,terima kasih
0 Comments
Adalah Nabi s.a.w. keluar pada hari raya fitrah dan hari raya korban menuju ke tempat solat. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah menunaikan solat. Kemudian baginda akan berdiri mengadap orang ramai yang masih berada dalam saf-saf mereka lalu ia memberi peringatan dan arahan kepada mereka (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.. Selepas sebulan berada di University of Ramadhan, kini tiba masa ia meninggalkan kita. Jika panjang umur next year berjumpa lagi, jika tidak mungkin ini ramadhan terakhir buat kita semua. Semoga segala amalan dan pentarbiyahan yang kita lakukan selama Ramadhan, insyaAllah di beri ganjaran dan bekalan untuk hari-hari kemudian. Pihak NMC akan menganjurkan Solat Sunat Eid ul Fitri dan Sambutan Hari Raya 2012 sebagaimana berikut :- Hari : Hari Raya Pertama Tempat : Radford Primary School ( NG7 3FL ) Aturcara Majlis : 9.00 - 9.20 am : Ketibaan dan persiapan dewan 9.20 - 9.45 am : Takbir 9.45 - 10.30 am : Solat Sunat Eid ul Fitri & Khutbah Raya 10.30 - 12.30 am : Jamuan Raya 12.30 - 1.00 pm : Kemas Dewan & Bersurai Diharapkan semua rakyat Malaysia di Nottingham dapat menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ini nanti Assalamualaikum.. Sempena memeriahkan lagi kedatangan syawal insyaallah kita akan meneruskan program TAKBIR MALAM RAYA seperti tahun-tahun yang lepas. Untuk memudahkan pergerakkan dan memberi masa untuk persiapan raya keesokan hari , pada tahun ini kita akan buat PROGRAM TAKBIR MALAM RAYA di 3 mukim utama di nottingham; nuthall, radford dan forrest field. Tentative program : 1. Rumah saudara Dzul 19 Hillingdon avenue NG16 1RA Nuthall Nottingham Bermula : 9.30pm ( malam hari raya ) Diikuti dengan Radford. 2. Saudara Omar 41 Lonsdale road NG7 3DU Radford Nottingham Diikuti dengan Forrest Field 3. Saudara IR Azam 237 noel street, NG7 6AR Forrest Field Nottingham Kita berharap program akan berjalan dengan lancar dan kita boleh habiskan selewat-lewatnya sebelum pukul 12tgh malam. Semua Muslimin dijemput beramai ramai untuk mengimarahkan malam raya. Sebarang pertanyaan sila hubungi ajk nmc Sekian terima kasih Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh... InsyaAllah pihak NMC akan menganjurkan Majlis Nuzul Quran dan Berbuka Puasa sebagaimana berikut :- Tarikh : 11 Ogos 2012 Hari : Sabtu Masa : 6.15 pm - 11.00 pm Tempat : Radford Primary Radford (NG73FL) TENTATIF PROGRAM :- 6.30 - 7.00 pm : Ketibaan Para Tetamu dan Persiapan tempat 7.00 - 8.15 pm : Ceramah Nuzul Quran 8.15 - 8.30 pm : Persiapan untuk berbuka 8.35 - 9.45 pm : Berbuka dan solat Maghrib 10.00 - 11.00 pm : Solat Isyak dan Terawih Di kesempatan ini, pihak NMC dengan rasa rendah diri menyeru rakan-rakan yang berkelapangan untuk hadir ke majlis ini. Kehadiran rakan-rakan amat bermakna demi mengimarahkan bulan yang suci ini seterusnya merapatkan lagi silaturrahim sesama kita yang sedia terjalin. Wassalam |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |