Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga NMC. Program gotong-royong sempena keberangkatan pulang saudara Dr Hj Fakhizan telah diadakan pada 15 Mac 2014 di kediaman beliau. Program dimulakan dengan acara gotong- royong mengangkat barang-barang ke dalam kontena dan berakhir pada kira jam 12 tghari. Majlis disambung dengan sesi makan tengahari dengan menu utama kari kepala ikan. Kanak-kanak pula asyik bermain di tempat permainan yang disediakan oleh tuan rumah. Kami warga NMC mengucapkan selamat berangkat kepada keluarga Dr Hj Fakhizan dan keluarga dan terimakasih di atas sumbangan mereka kepada NMC ,HELWA dan KAFA sepanjang berada di bumi Nottingham ini. Semoga mereka sentiasa sukses di dalam bidang yang diceburi. Sehingga berjumpa lagi.Assalam
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |