Sesudah sampai ke United Kingdom @ Notts
PENDAFTARAN KEAHLIAN NMC
Keahlian NMC adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Nottingham. Bagi membolehkan NMC bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan semua ahli, kami mengenakan yuran keahlian seperti dibawah.
Bayaran keahlian NMC
1. Family --- GBP 25
2. Single -- GBP 13
Yuran keahlian boleh dibayar kepada "host" atau terus kepada Bendahari atau juga kepada mana-mana AJK bersama-sama dengan
[Borang Keahlian].
Setelah mendaftar sebagai ahli NMC, saudara/i akan dimasukkan kedalam Group Whatsapp/Telegram yang dijadikan sebagai medium untuk berkongsi sebarang maklumat yang berguna terutama berkenaan maklumat-maklumat kehidupan di Nottingham dan berbagai maklumat lain lagi.
Keahlian NMC adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menetap di Nottingham. Bagi membolehkan NMC bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan semua ahli, kami mengenakan yuran keahlian seperti dibawah.
Bayaran keahlian NMC
1. Family --- GBP 25
2. Single -- GBP 13
Yuran keahlian boleh dibayar kepada "host" atau terus kepada Bendahari atau juga kepada mana-mana AJK bersama-sama dengan
[Borang Keahlian].
Setelah mendaftar sebagai ahli NMC, saudara/i akan dimasukkan kedalam Group Whatsapp/Telegram yang dijadikan sebagai medium untuk berkongsi sebarang maklumat yang berguna terutama berkenaan maklumat-maklumat kehidupan di Nottingham dan berbagai maklumat lain lagi.
PENEMPATAN SEMENTARA
|
RUMAH@BILIK SEWAHost dan juga semua warga NMC akan cuba membantu dalam mencari rumah/bilik sewa yang sesuai untuk saudara/i. Namun bergantung kepada masa, rumah/bilik sewa yang sesuai mungkin mudah didapati ataupun tidak.
Antara website yang sering diguna pakai dalam proses pencarian rumah atau bilik sewa adalah : Rightmove - http://www.rightmove.co.uk/ Zoopla - http://www.zoopla.co.uk/ Gumtree - http://www.gumtree.com Masukkan poskod universiti, contohnya NG7 2RD untuk mencari rumah atau bilik dengan jarak yang ditentukan dari Universiti. Kami juga menyarankan untuk melihat juga penempatan yang disediakan oleh pihak universiti (student accomodation) untuk membuat perbandingan dari segi kos, jarak perjalanan dan sebagainya. 1. Kadar Sewa Sewa bulanan bergantung kepada lokasi, jumlah bilik, furnished/unfurnished, garage, parking area n etc. Kebiasaanya kadar sewa adalah dalam lingkungan 350 - 600 GBP. * unfurnished -> buit-in cabinet shj * furnished -> cooker, peti ais/freezer, mesin basuh, perabut, katil, tilam, meja makan….juga bergantung pd landlord atau agen. Deposit: sejumlah 1 atau 2 bulan sewa. (Mungkin sehingga 5 bulan sewa). 2. Lokasi Lokasi yang sering menjadi pilihan pelajar M'sia spt: Radford, Hyson Green, Forest Fields, Beeston, Lenton dan juga Dunkirk. Arah kiblat bagi yang muslim.. i). blh rujuk dgn host, masjid terdekat, org2 lama. ii). pilihan lain... Qiblatlocator. iii). Download aplikasi berkaitan solat/kiblat melalui AppStore atau Playstore. 3.Tenancy Agreement Perjanjian pertama sewa rumah selalunya 6 & 12 bulan. Ada juga yang menerima perjanjian untuk 3 bulan (Simon). Dinasihatkan buat perjanjian 6 bulan dahulu... jika saudara/i berpuashati dengan keadaan rumah dan juga karenah landlord/agen, maka bolehlah diteruskan... jika tidak.. cari lah rumah baru. Perjanjian adalah berbeza-beza mengikut landlord atau agen. PENDAFTARAN UNIVERSITIPastikan saudara/i mendaftarkan diri dengan pihak universiti seawal mungkin sepertimana tercatat dalam surat tawaran. Untuk mendaftar pastikan saudara/i membawa bersama:
* Surat tawaran pengajian * Surat biayaan kewangan dari pihak penaja (universiti, KPT, MARA, etc) * Passport * Dokumen rasmi lain yang perlu AKAUN BANKSaudara/i juga dianjurkan supaya membuka akaun dengan pihak bank sebaik sahaja tiba. Pada kebiasaannya pihak bank ada mempunyai skim khas bagi pelajar yang dinamakan student acount dan saudara/i bolehlah meneliti tentang tawaran yang dikemukakan oleh pihak bank di dalam prospektus mereka mengikut keperluan saudara/i seperti buku cek, kad kredit, kad debit, overdraft, checque guarantee dan sebagainya. Di antara bank yang mempunyai perkhidmatan di sini termasuklah HSBC, Llyods (ada Islamic Banking), National Westminster (NatWest), etc. Untuk membuka akaun, pastikan saudara/i membawa bersama:
* Surat tawaran belajar dari universiti * Passport * Cek kembara/bank draft/Wang tunai dsb. Buku cek dan kad-kad yang ditawarkan biasanya mengambil masa untuk disiapkan. Oleh itu saudara/i dinasihatkan untuk menyimpan nombor akaun dan juga sort code bank untuk beberapa tujuan seperti urusan pembayaran biasiswa, direct debit dan sebagainya. |