Assalamualaikum & salam sejahtera,
Pada hari Sabtu 4 Oktober 2014 bersamaan 10 Zulhijjah 1435H, telah diadakan majlis solat sunat Aidiladha bertempat di surau Amenities Building, Jubilee Campus, University of Nottingham. Majlis berlangsung kira-kira pukul 9.15 pagi, dimulakan dengan sesi takbir raya yang dikendalikan oleh saudara Hafiz Abu Hassan. Pada tepat pukul 9.45 pagi, para hadirin bersama-sama mendirikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah yang diimamkan oleh saudara Hafiz Abu Hassan. Selesai solat, para jemaah sama-sama mendengar khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh saudara Ammar. Antara intipati khutbah yang disampaikan adalah konsep qurban dan betapa pentingnya kita sebagai umat Islam untuk menjaga aqidah dan iman kita. Khutbah selesai pada pukul 10.40 pagi dan selepas itu para hadirin bersama-sama menikmati sedikit jamuan yang disediakan oleh para warga NMC sendiri secara potluck. Seperti biasa, para warga NMC mengambil kesempatan ini untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita, lebih-lebih lagi sempena meraikan Aidiladha di bumi asing. Majlis berakhir pada pukul 12 tengahari. Kami dari pihak ahli jawatankuasa penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat NMC yang sama-sama hadir untuk memeriahkan majlis pada pagi ini. Semoga kita berjumpa lagi pada Majlis Sambutan Aidiladha NMC pada minggu hadapan.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |