Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sukacita dimaklumkan satu perjumpaan musim panas untuk warga NMC akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 7hb Julai 2012 (Sabtu) Masa : 1.00 pm-4.00pm Tempat : Dunkirk and Old Lenton Community Centre Montpelier Road Nottingham Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk mengadakan AGM NMC untuk kali yang pertama, majlis penghargaan kepada AJK NMC 2011/12 & guru-guru KAFA dan juga “Summer BBQ NMC”. Bagi tujuan AGM NMC, warga NMC hendaklah memanjangkan segala usul untuk dibincangkan selewat-lewatnya pada 3hb Julai 2012 kepada En.Arman untuk dibincangkan di dalam mesyuarat. Untuk melicinkan perjalanan majlis ini juga, beberapa jawatankuasa kecil kerja akan dibentuk untuk tujuan penyelarasan dan akan dimaklumkan kemudian nanti. Akhir sekali, AJK NMC 2012/13 sekali lagi dengan rendah diri menjemput semua warga NMC untuk dapat hadir beramai-ramai untuk menjayakan aktiviti ini.
0 Comments
Leave a Reply. |
Bagi warga NMC yang ingin berkongsi berita / pengumuman / informasi terbaru ke laman portal ini, sila hubungi AJK IT NMC seperti yang tertera di muka "Maklumat AJK".
Harap Maklum. |