3 FEB, Nottingham Cuaca sejuk tidak menghalang pemain NMC FC untuk turun padang buat kali pertama bagi sesi 2019 ini. Sesi kali ini juga lebih bermakna sebagai sesi latihan terakhir bagi penjaga gawang utama NMC FC, Sufri. Beliau yang juga lebih dikenali sebagai 'The Flying El Loco', bakal berpindah ke sebuah kelab ternama di Sabah demi mencari angin baru. Antara rekod yang berjaya dibuat selama 4 musim bersama skuad NMC FC adalah kenangan manis memenangi emas NMC Games 2015 dan perak NMC Games 2016. Beliau juga menempah nama sebagai calon Golden Gloves Sheffield Malaysian Games 2018 apabila hanya bolos satu gol sepanjang kejohanan. Semestinya kepulangan beliau akan dirasai oleh pemain skuad NMC FC, dan dapat dilihat pada sesi kali ini. Pemain-pemain senior seperti Vice Captain Tajul dan Syazwan saling mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan walaupun hanya sesi latihan. Terima kasih El-Loco Sufri, semoga terus maju jaya! #YNWA Pemain lain yang hadir: Cha, Fadhli, Tajul, Afif, Syafiq, Azrul, Pyan, Syakeer, Halim, Syazwan, Hisham, Krol, Nazri.
0 Comments
Leave a Reply. |
Nottingham Malaysian Community Football Club (NMC FC)
NMC FC ditubuhkan bagi memenuhi keperluan majoriti warga NMC yang meminati sukan bola sepak. Selain daripada itu, NMC FC juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan ahli di samping memastikan tahap kesihatan & kecergasan yang optimum melalui aktiviti riadah dan sukan. Interaksi & integrasi positif di antara kaum dan warga setempat, minat serta kecenderungan dalam kegiatan bermasyarakat turut dapat dipupuk melalui beberapa siri perlawanan persahabatan yang sering diadakan setiap tahun. Keahlian NMC FC adalah terbuka hanya kepada ahli berdaftar NMC. Archives
April 2019
|