SHEFFIELD, 16 FEB: 'Belum rezeki kita lagi', begitulah ulasan ringkas Tn Fadhli Casirághi setelah menyaksikan skuad NMC terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-0 di peringkat suku akhir Sheffield Malaysian Games 2019. Namun beliau selaku Chef de Mission turut menyatakan rasa bangga di atas pencapaian terbaik sepanjang 6 penampilan NMC FC dalam kejohanan tahunan tersebut, membaiki rekod pusingan kedua pada tahun lalu. Lambat panas Dalam perlawanan awal skuad NMC FC bermula garang apabila meledak gol pertama peringkat kumpulan melalui penyerang utama Faizul Fernández melalui gerakan long ball cantik daripada bawah. Namun seperti biasa pasukan yang baru dibentuk sehari sebelum kejohanan ini menunjukkan aksi kurang bermaya setelah bersarapankan karipap daging kentang, membenarkan dua gol bolos di babak kedua perlawanan. Tersentak dengan dua gol pantas tersebut, strategi menyerang dengan meletakkan penjaga gol Hisham Handanovic di posisi midfielder, akhirnya mengundang padah apabila bola lambungan pihak lawan menerjah jaring di minit akhir perlawanan. Perlawanan kedua kumpulan lebih berhati-hati apabila kedua pasukan bermain possession football sehingga babak kedua, namun sedikit kealpaan menyaksikan kita tumpas 1 gol dan memaksa NMC terpaksa berputih mata dengan dua kekalahan awal. Kenduri gol Perlawanan terakhir kumpulan memaksa skuad NMC mengubah strategi 'menyerang' seawal minit pertama perlawanan dengan meletakkan 4 pemain di kotak D lawan demi mencari gol awal. Nyata semangat dan strategi tersebut tidak sia-sia apabila berjaya meledak 4 gol di babak kedua meskipun kita nyaris mendapat 3 lagi gol tambahan jika tidak kerana belas kasihan kepada pihak lawan. Kemenangan 'besar' tersebut meletakkan kita sebagai pasukan terakhir layak ke peringkat pusingan kedua kejohanan. Pusingan kalah mati menyaksikan kita berentap menentang pasukan dari Leeds, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan perlawanan seimbang, namun di akhir babak pertama perlawanan Faizul bijak menguis bola ke gawang pihak lawan dan keputusan kekal sehingga akhir perlawanan, membawa NMC FC ke peringkat seterusnya. Penangan nasi kerabu Pertama kali beraksi di peringkat suku akhir kejohanan ini, pemain NMC FC bermain demi lencana di dada tanpa menampakkan perasaan gugup seawal perlawanan. Meskipun sudah mendapat tonik nasi kerabu sewaktu makan tengahari, fokus barisan pertahanan utama skuad, Tajul Torreira dan Pyan Cannavaro tampak sedikit sebanyak terjejas dan terbantut pergerakan sehingga memberikan gol awal kepada pihak lawan. Susulan gol tersebut, biarpun mengubah strategi dengan meletakkan Syafiq Sane, Fadhli Casiraghi, Afif Alderweireld di posisi serangan, gol penyamaan masih gagal ditemui sehingga wisel akhir perlawanan ditiup. Kelompok 8 terbaik Kapten Chanatip yang ditemui selepas kejohanan meskipun akur dengan kekalahan namun tetap berbangga dengan prestasi setiap pemain yang telah memberikan prestasi 100%, sehingga menempatkan NMC FC antara kelompok 8 terbaik kejohanan. Pastinya skuad ini akan terus bangkit pada kejohanan akan datang demi memburu kejuaraan pertama, ujar beliau lagi. BERNAMA SUMMARY: PERINGKAT KUMPULAN: - NMC FC vs All-Star FC (1-3) - Pancit FC vs NMC FC (1-0) - NMC FC vs UEL FC (4-0) PUSINGAN KEDUA: - Leeds B vs NMC FC (0-1) SUKU AKHIR: - Rolls Royce FC vs NMC FC (1-0) PENJARING: - Faizul Fernández 4 - Chanatip Songkrasin 2 Barisan pemain: - Hisham Handanoviç GK - Pyan Cannavaro - Afif Alderweireld - Tajul Torreira - Fadhli Casirághi - Syafiq Sane - Chanatip Songkrasin - Faizul Fernándezo edit.
0 Comments
3 FEB, Nottingham Cuaca sejuk tidak menghalang pemain NMC FC untuk turun padang buat kali pertama bagi sesi 2019 ini. Sesi kali ini juga lebih bermakna sebagai sesi latihan terakhir bagi penjaga gawang utama NMC FC, Sufri. Beliau yang juga lebih dikenali sebagai 'The Flying El Loco', bakal berpindah ke sebuah kelab ternama di Sabah demi mencari angin baru. Antara rekod yang berjaya dibuat selama 4 musim bersama skuad NMC FC adalah kenangan manis memenangi emas NMC Games 2015 dan perak NMC Games 2016. Beliau juga menempah nama sebagai calon Golden Gloves Sheffield Malaysian Games 2018 apabila hanya bolos satu gol sepanjang kejohanan. Semestinya kepulangan beliau akan dirasai oleh pemain skuad NMC FC, dan dapat dilihat pada sesi kali ini. Pemain-pemain senior seperti Vice Captain Tajul dan Syazwan saling mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan walaupun hanya sesi latihan. Terima kasih El-Loco Sufri, semoga terus maju jaya! #YNWA Pemain lain yang hadir: Cha, Fadhli, Tajul, Afif, Syafiq, Azrul, Pyan, Syakeer, Halim, Syazwan, Hisham, Krol, Nazri. |
Nottingham Malaysian Community Football Club (NMC FC)
NMC FC ditubuhkan bagi memenuhi keperluan majoriti warga NMC yang meminati sukan bola sepak. Selain daripada itu, NMC FC juga bertujuan untuk mengeratkan lagi ukhuwah di kalangan ahli di samping memastikan tahap kesihatan & kecergasan yang optimum melalui aktiviti riadah dan sukan. Interaksi & integrasi positif di antara kaum dan warga setempat, minat serta kecenderungan dalam kegiatan bermasyarakat turut dapat dipupuk melalui beberapa siri perlawanan persahabatan yang sering diadakan setiap tahun. Keahlian NMC FC adalah terbuka hanya kepada ahli berdaftar NMC. Archives
April 2019
|